Assalamualaikum dan salam ceria buat pengunjung blog mama sekalian. Entri blog mama bulan ni mengisahkan tentang Pakej Rawatan Selepas Bersalin. Kali ini juga berkaitan dengan rawatan selepas bersalin dengan Set Bersalin dan Berpantang semestinya dari Shaklee. Set Bersalin dan Berpantang Shaklee kini semakin mendapat tempat di hati bakal ibu yang akan menimang cahaya mata bagi proses pemulihan dengan cepat dan selamat. Selain itu juga, Set Bersalin dan Berpantang Shaklee ini dapat memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan si ibu setelah banyak kehilangan tenaga dan darah sewaktu proses melahirkan cahaya mata. Bukan sahaja memberikan tenaga dan melancarkan peredaran darah malahan juga dengan consume Set Bersalin dan Berpantang Shaklee ini juga, kualiti dan kuantiti susu ibu juga lebih pekat dan banyak.

Momen yang paling bahagia dan gembira buat pasangan yang berkahwin adalah di saat doktor mengesahkan tentang kehamilan yang dinanti-nantikan. Kesyukuran dipanjatkan kepada Maha Pencipta. Hari berganti hari, bulan berganti bulan..keperluan si manja yang bakal melihat dunia disediakan sehabis baik. Begitu juga keperluan si ibu ketika di bersalin dan berpantang nanti.

Bagaimana dengan makanan tambahan bagi membekalkan tenaga buat si ibu dan pemulihan luka selepas bersalin? Sudah temui produk yang selamat dan tidak memberikan impak negatif kepada kesihatan si ibu dan juga si manja? Kekadang kita lihat produk penjagaan selepas bersalin di luar sana banyak di jual namun belum tentu benar-benar sesuai untuk si ibu dan si manja. So, di sini mama cadangkan buat ibu-ibu yang sedang mencari-cari suplemen terbaik buat si ibu dan si manja ialah Set Bersalin dan Berpantang Shaklee.

KENAPA PERLU MEMILIH SET BERSALIN DAN BERPANTANG SHAKLEE?

Kelebihan Set Bersalin dan Berpantang Shaklee antaranya:

  • Selamat dimakan
  • Melengkapkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan si ibu
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin
  • Milk Booster
  • Energy Booster
  • Menstabilkan emosi si ibu dan si manja
  • Meningkatkan system imum si ibu dan si manja
  • Membantu tumbesaran si manja yang sihat

Vitamin Shaklee dalam Set Bersalin dan Berpantang Shaklee ni kebanyakannya berbentuk tablet dan mudah untuk dihadam dan ditelan. Setiap vitamin Shaklee yang dicadangkan di dalam Set Bersalin dan Berpantang Shaklee ini mempunyai fungsi dan kebaikannya serta saling berkait bagi memberikan serapan nutrisi secara optimum buat si ibu. Ni mama sharekan fungsi setiap satu vitamin Shaklee yang dicadangkan.

 

Disaat proses kelahiran, si ibu banyak kerah tenaga untuk “push” di samping banyak kehilangan darah juga. Di saat ini keadaan si ibu dan juga emosi si ibu masih lemah dan terganggu. Oleh itu, kata-kata positif dari ahli keluarga sangat diperlukan. Dengan consume Set Bersalin dan Berpantang Shaklee, in sha Allah emosi si ibu makin pulih, tenaga juga makin kuat untuk menyusukan si manja.

RAWATAN KETIKA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Rawatan berpantang selepas bersalin sangat penting buat si ibu. KENAPA?

Ini antara kepentingan dalam penjagaan berpantang selepas bersalin:

  • Menyenangkan pengeluaran darah nifas selepas bersalin
  • Bagi mengelakkan dari berlaku penyakit meroyan yang amat memudaratkan terhadap ibu dan juga bayi yang baru lahir
  • Memulihkan tubuh badan ibu dan mengembalikan bentuk badan seperti anak dara
  • Mempercepat penyembuhan luka atau jahitan yang dilakukan semasa bersalin
  • Mengelakkan terjadi ‘prolapse’ dan masalah buasir serta sembelit yang kerap terjadi selepas bersalin
  • Membantu pengeluaran angin di dalam badan.
  • Membantu pengeluaran susu ibu yang berkualiti dan cukup untuk tumbesaran bayi.

 

Apakah jenis rawatan berpantang yang si ibu perlu jalani secara ketat dan disiplin untuk lebih cepat pulih dan sihat bertenaga?

  • Berurut
  • Bertungku
  • Bersauna
  • Bertangas
  • Mandi Herba
  • Berbengkung

CONFINEMENT LADY KERJAYA BUAT WANITA

Kerjaya sebagai Confinement Lady buat wanita diluar sana semakin mendapat tempat. Kini perkhidmatan penjagaan bersalin dan berpantang semakin mendapat permintaan yang tinggi memandangkan ramai yang ingin berpantang di rumah sendiri. Almaklumlah nak berpantang dikampung, usia ibu kita pun dah lanjut. Penjagaan berpantang selepas bersalin ni perlukan penjagaan khusus. Ibu-ibu kita tak mempunyai tenaga dan kederat yang boleh menjaga kita dan cucu dalam masa yang sama. Mereka lebih cepat letih. Kerana tidak mahu menyusahkan ibu-ibu kita, pencarian Confinement Lady untuk penjagaan dan perawatan berpantang semakin menggalakkan.

Dengan itu, The Walking Beauty Project (TWB) kini bakal menawarkan kepada wanita di luar sana yang ingin menjana pendapatan melalui perkhidmatan Pakej Rawatan Berpantang dengan menjalani Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin TWB mulai NOVEMBER 2018.

Antara intipati dalam Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin TWB adalah:

*Urutan Tradisional (Urutan Sengkak Rahim, Urutan Ibu Hamil, Urutan Ibu Bersalin Normal, Urutan Ibu Bersalin Ceaser)

*Pembuatan Param & Pilis

*Jadual pemakanan Set Bersalin dan Berpantang Shaklee

*Pemakaian Bengkung

*Cara Bertungku

*Cara Bertangas

*Spa dan  Rawatan Bayi

**PENUTUP BERPANTANG**

*Facial and Face Massage

*Foot and Hand Spa

*Sauna

*Body Scrub/Body Lulur

*Aura Protein Bath

Sebenarnya banyak lagi yang akan anda pelajari dalam Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin TWB ini. Selain itu, bagi anda yang berjaya menamatkan Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin TWB juga akan menerima:

Sijil Penyertaan
Kitab Harga
Modul
Support Group yang ohsem

Peluang dah ada depan mata. Cara menjana pendapatan akan di ajar dalam Support Group. Jangan tunggu lama-lama tau. Mama tak nak anda diluar sana lambat grab peluang untuk menjadi Confinement Lady TWB yang terawal. So, yang berminat nak grab peluang ni boleh roger mama ye.

Sekian dari mama.

Salam Sayang,

Shida Gojes Spa by Shida

TWB Certified Beautician

The Walking Beauty Project

Email: norarsida@gmail.com

Whatsapp: http://www.wasap.my/60143237990