Assalamu’alaikum dan salam mesra dari mama buat korang semua. Mama doakan semua nya sihat belaka. Bertemu kita di entry seterusnya iaitu 5 kisah wanita memperoleh pendapatan 4-5 angka dengan Mobile Spa. Dan yang pastinya hasil dari bimbingan TWB yang padu. Korang pun jangan lepas peluang join kursus Mobile Spa TWB ni tau sambil seret beg Spa ala-ala peramujarii, tools Spa, produk Spa dan tak lupa juga sijil tamat kursus Mobile Spa.

Di sebalik setiap kejayaan tu ada cerita tersirat. Cerita yang menjadi push-factor + push-ups untuk mereka terus meluncur selajunya kehadapan. Mama memang terinspirasi dengan semangat mereka semua ni.

Ramai yang telah berjaya memperoleh pendapatan sehingga mencecah 4 angka dalam tak sampai sebulan pun selepas tamat menjalani kursus Mobile Spa TWB dengan jayanya. Tapi entry kali ini, mama nak share kejayaan 5 wanita yang hebat dan sangat mama kagumi dalam keluarga TWB. Jomm

Nurul Fatin Adiana- Ketika 3 bulan diuji tiada pendapatan, TWB menjadi penyelamat kewangan.

Nama diberi Nurul Fatin Adiana. Nama manja Diey. Umur dah hit 3 series ๐Ÿ˜‰ tahun ni. Berasal dari Kelantan. Berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata.

Mama suka tengok Diey ni tau, anak dah 3 tapi badan kecik je. Dimana je event TWB, Diey akan join & paling menangkap mata mama sebab Diey akan kendong anak nya datang event.

Perkongsian Diey dalam #freepreviewTWB yang lalu, join TWB sewaktu diri sedang berbadan dua. Pada waktu itu Diey diuji tiada pendapatan selama 3 bulan.

Subhanallah, ibu mana yang tak risau. Ujian tiada pendapatan untuk tempoh 3 bulan bukanlah suatu jangka masa yang pendek ye. Amat panjang bagi mereka yang melaluinya. Namun Diey terpakse bangkit dengan menjalankan bisnes mobile spa dari rumah.

Hasil tunjuk ajar dari team TWB, Diey nampak peluang kerjaya yang cukup cerah. Diey bermula dengan kastemer di kawasan kejiranan.

Alhamdulillah dengan izin Allah, Diey meraih pendapatan 4 angka dalam sebulan.

Bukan itu sahaja, Diey juga berjaya naik rank Supervisor dalam Bisnes Shaklee.

Apa yang Diey peroleh kini bukanlah datang bergolek. Namun dengan berkat doa, usaha, tidak mudah mengalah dan tunjuk ajar TWB membuatkan Diey lebih cekal dan sabar dalam menempuh proses menuju kejayaan.

Kini Diey juga merupakan TWB Certified Trainer yang bersedia membantu wanita diluar sana menjana pendapatan melalui kerjaya Mobile Spa Beautician.

Leanna Rafie – Income TWB Penyelamat Kewangan Ibu Tunggal.

Kita semua impikan rumahtangga yang bahagia dan kekal hingga ke syurga bukan? Namun sebagai manusia, kita juga tidak terlepas dari diuji oleh Maha Pencipta.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah uji kita kerana sayang kan kita, nak bagi kita sesuatu yang lebih baik.

Seorang wanita yang bangkit dan menjadikan anak-anak sebagai push factor untuk terus menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Jom kita berkenalan dengan peserta kursus Mobile Spa TWB yang merupakan single parent.

Nama Leanna Rafie lebih manis dipanggil Lea. Umur dah masuk 3 series tahun ni. Menetap di Seremban dan ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki yang berusia 4 tahun dan 5 tahun.

Lea masih lagi bekerja dan menjalankan servis Mobile Spa secara separuh masa. Jomm kita selami kisah kejayaan ibu tunggal ini.

Lea join TWB pada 1/8/2018 dan menyertai kursus Mobile Spa TWB pada 11/8/2018. Lea antara peserta batch pertama di Akademi TWB 2018.

Actually Lea sangat minat bab-bab kecantikan ni. Lea juga dah lama survey pasal Mobile Spa sebenarnya.

First, Lea pernah survey satu mobile spa ni, dia down kan semangat sungguh. Sebab dia kata modal produk je sudah mencecah RM50k. Product je ok bukannya siap course and training!!

Produk je RM50k ๐Ÿ˜ฑ now tak buat mobile spa!

Alhamdulillah seperti yang TWB janjikan training kita pakej heret bag. Kenapa heret bag? Sebab balik dari training terus boleh buat servis Spa.

Lea balik dari training pun dah malam sebab Lea dengan anak naik train ehehehe.. Tapi sampai sampai rumah je dah gosok muka ayah. Gosok muka adik.

Kita ni RM1999.00 je siap training, siap sijil, siap complete barang, lepas tu ada support group lagi!

Huish dah terlampau banyak dah apa yang kita dapat compare dengan hanya RM1999! Since Lea masuk TWB ni tak pernah lagi lah kita dibiarkan terkontang kanting yang penting kita ni tanya! Usaha!

Satu lagi jangan hidup dengan alasan! Kalau semuanya “kalau“, kalau semuanya “bolehke” duduk jelah diam-diam tak payah bergerak.

Kenapa Lea cakap macamtu?

Lea start dari zero modal. Lea bukan datang dari orang senang. Family tak kaya. Ayah pun tak kerja. Nak pinjam siapa? Ex husband? Hmmmm.

Mana agaknya nak cekau RM1999 ni.

Otak negatif memang kata “Aduh banyaknya macam mana nak bayar“.

Siapa nak bagi pinjam. Tapi kan usaha yang tak pernah putus, doa yang tak pernah putus, kawan Lea setuju untuk bagi modal tapi dengan bunga ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Takpe Lea kata Lea sahut asalkan Lea dapat tambah duit. Ya Alhamdulillah dipermudahkan dalam masa 10 hari Lea dapat kumpul RM1087!!

Bersyukur dan tak sampai sebulan Lea dapat bayar kat kawan FULL AMOUNT. Mula-mula je dia kata kenakan bunga tapi dia tak ambil pun.

Nampak tak? Redah

Itu cerita modal, cerita pasal ibu-ibu yang fikir anak tak ada siapa jaga. Macam mana nak buat?

Percaya atau tidak anak kita ni rezeki.

Ya Allah besar rezeki kita besarkan mereka ni. Macam Lea, family Lea memang jenis yang tak suka kita tinggalkan cucu. Lea memang dah dididik dari awal macam tu. Anak Lea dua-dua sekolah dari pagi sampai pukul 6 petang.

Lea tekad walhal yuran bulanan sekolah anak dua orang dekat RM800 every month. Lea nak cari duit untuk besarkan mereka jadi biarkan mereka belajar dan berdikari kat sekolah. Dan pastikan mereka selesa!

Jadi appointment Lea kadang kadang memang ada bawa mereka. Awal-awal dah bagitahu kat customer so far Alhamdulillah diorang pun ada anak-anak jadi main sama-sama.

Hidup ini kita jangan terlalu fikir boleh ke? mampu ke?

Nanti susah, nanti siapa nak bantu? nanti siapa nak jaga?! Masa tu tak tunggu kita taw

nanti” tu jadi sampai 10 tahun sudahnya jadi apa?

Lea pernah ye bawak anak-anak sampai dua pagi mula-mula appointment kat Seremban lepas tu Semenyih.. Lepas tu Keramat ada tiga orang. Kawan-kawan nak buat facial. Lea balik drive dekat 2 pagi.

Tapi puas hati la sehari je RM4++ collection lagi pulak anak-anak dapat upah dari customer ๐Ÿ˜‚

Sekarang ni waktu Lea memerlukan, masa gawat, belum-belum gaji ni selalunya TWB la penyelamat buat Lea.

Alhamdulillah Lea lebih terbuka minda sejak join TWB. Lea rasa TWB ni sangat boleh pergi jauh bukan sahaja dengan income spa semata. Kita ada 6 penjuru income yang lain. Lea nak pulun semua income ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ˜

Shamira Nasir – Jana Income RM3,000 Sebulan Hanya Dengan Mobile Spa dan Projek TWB.

Siapa kata surirumah tak boleh nak jana pendapatan 4 angka?

Suami tak izinkan keluar bekerja? Para surirumah dalam team TWB ni dah buktikan even tanpa keluar rumah pun, masih berjaya menjana income.

Lebih mengejutkan lagi salah seorang suri rumah dalam team TWB berjaya memperoleh income sebanyak RM3000 sebulan. Income yang diperoleh melebihi gaji semasa bekerja dahulu.

Jomm kita berkenalan dengan suri rumah yang hebat buat duit lebat ni!

Puan Shamira Nasir, lebih dikenali dengan panggilan Myra. Berumur 26 tahun dan menetap di Kedah.

Myra join kursus Mobile Spa TWB pada 25/3/2018 di Bangi iaitu di rumah founder project TWB ini Master Ainul Shahrazad.

“Dalam keadaan tak ada modal, saat itulah saya betul-betul berserah & bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin 100% Allah akan bantu saya.
Setiap hari saya positifkan diri dengan ayat โ€œAntara tanda Allah nak beri sesuatu pada hambaNya adalah dgn gerakkan bibir kita untuk memintaโ€


Dan..

Bayangkan lagi 5 hari nak training dalam tangan saya masih kosong & macam2 saya fikir!

 
Tapi..! Tapi kan..

 
Allah tu baik sangat!

Dalam keadaan saya serabut Allah hantar seseorang untuk bantu saya, dia bukan sesiapa jauh sekali keluarga & adik beradik tak ada pertalian darah lansung!

 
Dia beri saya duit..

Sy cuma boleh cakap, umur dia 78 tahun dan saya kurang kenal org tu.

Ibarat seolah duit jatuh dari langit.


Bila kita yakin Allah akak beri, Jgn risau. Apa cara sekalipun DIA tetap akan bagi. Percayalah !

Dari Kedah ke Bangi sorang-sorang tau.. Rasa jauh jer perjalanan layan feeling padahal 4 jam je pun naik ets ๐Ÿ˜.
Okay.. Perjalanan saya tak berhenti disini. Setiap orang Allah beri ujian lain-lain.

Pernah tau sesak sangat tak ada duit.. Lauk dah habis.. Apa nak makan? Ya Allah sedih ingat balik..Tapi nak cerita jugak..


Tahu apa saya buat? Saya buat offer facial murah-murah tapi bersyarat datang rumah sebab duit minyak kereta pun tak mampu nak isi pergi rumah kastemer.

Tahu apa jadi??


Bersusun orang book slot dengan saya. Penat memang penat tapi berbaloi.
Inilah cara saya survive.


Orang perempuan korang kena ada satu bisnes backup yang boleh dapat instant cash!


Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?


TWB sebagai backup
โ€“ suami hilang kerja
โ€“ suami meninggal
โ€“ suami anda terjumpa “Husna” .

Okay.. Gurau.

Kita ada Allah. Doa adalah senjata paling kuat orang mukmin.

Angkat tangan dan doa. Nanti Allah bantu kita. ๐Ÿ˜˜

Azura Yusop – Berjaya Umrahkan Ibu dan Ayah dengan Wang Hasil dari Mobile Spa

Nama Nur Azura Yusop. Lebih senang dipanggil Zura. Umur terkini 25 tahun sejak menggunakan Youth Shaklee. ๐Ÿ˜˜

Anak 2 orang dan nak masuk 3 orang.

Zura berkerja sebagai seorang Guru Pendidikan Khas. Zura tinggal di Pahang dan dah 4 tahun bersama spa TWB.

Biasanya, ramai orang berfikir macam ni.

“Alah cikgu. Patutlah boleh masuk. Dah ada duit.” 

Cikgu pun sesak tau. Nak bank in kat mentor, cakap tunggu gaji.

Dah gaji pun masih tak boleh nak bayar. Sebab semua cabang duit sudah bertuan. Sudah ada komitmennya.

Sejujurnya, Zura join TWB sebab nak buat duit INSTANT CASH yang diwarwarkan oleh mereka yang dah join sebelum ni.

Zura memang tak minat berniaga. 0 minat. Tak suka lah senang kata.

TAPI Zura minat pergi spa. Zura suka buat lulur. Setiap bulan kalau ada lebih Zura akan pergi melulur.

Bila iklan TWB muncul pada tahun 2015. Zura rasa tertarik sebab Zura nampak ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ.

So Zura bincang dengan suami dan buat keputusan nak join spa.

Masalah utama masa tu, nak bayar modal untuk join spa TWB nie macam mana, nak korek duit dari mana?

Duit gaji semuanya dah bertuan dan tak boleh usik.

Kalau usik memang sengsara hidup bulan tu. Seksa sangat bila tak ada duit sebab tu kena manage betul-betul.

Lepas dapat gaji pun Zura tak bank in kat trainer saya sebab masih cari akal mana nak dapat duit nak register spa.

Akhirnya, untuk join spa TWB nie Zura gadaikan gelang atas persetujuan bersama dengan suami tercinta.

Ok Zura cerita sikit kesesakan Zura ye.

Disebabkan kami dah tahu perbelanjaan bulan-bulan kami, jadi Zura buat sistem envelope untuk asingkan duit perbelanjaan.

Dapat gaji kami bahagi antara envelop untuk perbelanjaan harian. Contohnya ada envelop duit lauk, duit sabun dan duit minyak.

Contohnya kalau nak makan luar bulan tu, Zura akan kurangkan berjalan. Jadi kurang isi minyak dan ada duit lebih. Kerja makan gaji ni tiada overtime, bila kerja lebih masa pun gaji macam tu juga.

Zura pernah tak cukup duit nak beli perfume, jadi beli yang RM10 jenis roll tu je. Takde perfume takpe, janji jangan takde ubat ketiak. Kikiki.

Zura join Nov 2015. Masa tu RM750 untuk course facial je.

Kenapa nak join TWB sedangkan sudah bergelar guru dan ada income yang lebih stabil?

๐Ÿ”น Cikgu bukan JUTAWAN tau. Paling banyak berniaga cikgu la weh. Dekat bilik guru memang penuh katalog. Paling best siap ada telegram jualan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Berniaga ni Bukan sebab cikgu pandai bercakap TAPI sebab sesak da. Tengok sebelah kiri bahagian Slip gaji dah macam gaji doktor. Cuba telek sebelah kanan, banyak potongan weeee.

Zura join TWB ofcos la nak improve income sebab selalu sesak nafas bila hujung bulan & bila ada duit dapat tunaikan tanggungjawab sepatutnya kepada mak ayah sebagai seorang anak.

Berapa lama masa ambil untuk balik modal?

๐Ÿ”นSEBULAN. Ye cuma sebulan je dah dapat dah pulangan modal RM750 tu. Zura memang fokus buat servis spa, training spa & Shaklee.

๐Ÿ”น Dapat ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan, ilmu kecantikan, bonus pun makin besar & bisnes rasa lebih fun nak buat bila ada progress.

Nak buat Spa ni perlukan pengalaman ke?

๐Ÿ”น Sejujurnya, saya 0 basic spa. Jadi, nak buat spa korang ghase perlukan pengalaman spa ke?

Saya belajar masa training dan selebihnya belajar setiap hari melalui client kita. Kata orang practice make perfect. Tak perlu nak tunggu perfect baru nak buat. Alamatnya memang sampai ke sudah tak buat. From 0 dan lama-lama saya jadi excellent dalam dunia spa.

Kenapa pilih spa TWB & Shaklee?

๐Ÿ”นSpa TWB & Shaklee memang jauh berbeza. Perbezaan yang paling menarik adalah kelebihan mentorship yang ada dlm bisnes TWB even selepas hands-on training.

Then ada 6 penjuru income yang kita leh kejar. Ada career development. Tak buat spa pun ada cara untuk dapat income.

Ada FREE trip kita boleh dapat. Dan macam2 lagi. Memang TWB best giler.

Bonus shaklee memang sangat besar. Masa baru join Spa dan Shaklee, bonus pertama cuma RM23.42 sen je dan seterusnya Zura pernah dapat RM3k macam tulah dan seterusnya ? (Rahsia la) Insyaallah lebih banyak dan banyak bila niat kita ikhlas.

Cuma sekarang tak lah rasa sesak sangat. Kalau nak beli apa je boleh beli tak payah tunggu gaji.

Apakah cabaran paling hebat selama buat spa?

๐Ÿ”น Tipulahkan kalau kata takde cabaran. Fuhhh lap dahi sekejap. Tapi sebab cabaran tu lah zura jadi semakin kuat dan lebih positif.

โžก zura pernah dihina muka tak lawa ada hati nak buat spa. Sedih giler beb. Tap tap ayaq mata berderai bak kaca terhempas. Mau orang tak jeles, muka yang macam jalan tar dulunya dah boleh ada spa atas nama sendiri.

Ada aku kesah ๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

โžก Zura selalu sesat ke rumah customer. Bila sesat berhenti tepi jalan dan nanges2. Hahaha

Zura bernasib baik tau sebab sepanjang buat spa belum ada lagi customer yang tipu.

Average income dr TWB (Harap boleh share untuk pembakar semangat pembaca & wanita di luar sana)

๐Ÿ”น Paling minimum RM1000 setiap bulan kalau buat servis spa weekend je. Ni kalau malas nak cari cuatomer spa la. Paling tinggi income dalam spa zura pernah dapat RM750 untuk sabtu dan ahad. Bayangkan kalau uolls suri rumah ni buat full time. Lagi masyuk beb.

Kita bos, kita pekerja, kita akauntan , jadi ikut suka kita nak buat masa bila. Sangat fleksibel. Tak ganggu langsung masa kita bersama keluarga.

Kita boleh buat perancangan sebab untuk customer spa perlukan booking dan kita boleh set masa appoiment ikut masa kita.

Macam tak percaya boleh savings banyak untuk hantar mak ayah ke umrah. Betul ke tak ni?

๐Ÿ”น Pada mulanya zura pun tak percaya. Tapi zura percaya kuasa fokus dan letakkan target. Hari-hari tatap target tu dan bayangkan. Dan bukan tenung je…..diiringi dengan usaha.

๐Ÿ”น Nak tahu macam mana zura buat? Ok macam ni lepas kursus spa, zura hanya mahirkan skills dengan facial saja. Seorang customer zura cas RM50. Zura dah dapat lebih 100 orang customer. Sila darab lah ye.

๐Ÿ”นAlaaaa macam ni bila nak kaya. Bila nak capai target. Kat sinilah zura upgrade skill. Zura upgrade terus kepada sauna, scrub badan, lulur aromatheraphy massages dan tangas. Kat sinilah betapa nilainya ilmu bila kita boleh higher buat duit.

๐Ÿ”น (Dan zura terpaksa bayar setiap kursus pada harga berlainan). Sebab tu pekej sekarang lebih menguntungkan. Korang bayar sekali dan nikmati 12 kursus lumpsum.

Jangan takut rugi, jangan takut mahal, percayalah bila korang bijak gunakan ilmu ianya sangat bermanfaat.

๐Ÿ”น Lepastu zura tambah lagi kursus… tamaknya la kan. Kali ni zura upgrade kursus bekam  dan akupunktur. Alahai bila banyak skill zura boleh buat pekej dan sekaligus menampakkan betapa highclass nya spa kita. Customer ada banyak pilihan.

๐Ÿ”น Zura hanya guna keuntungan spa untuk upgrade skill. Bertuahnya rasa. Korang nampak tak? Betapa berbaloinya jika kita berani melabur.

๐Ÿ”น Zura mula rekacipta nama pekej spa, contohnya pekej seri pengantin, seri ayu, pekej bidadari dan macam-macam pekej. Bila buat pekej, kita dapat bantu customer untuk nikmati spa lebih menjimatkan.

๐Ÿ”น Pernah sehari tak tau dah nak bagi apa nama pekej ni, customer nak semua sekali. Servis dari pagi sampai petang.Aduh duh patah pinggang mak.

๐Ÿ”น Setiap hasil spa zura tabung. 20% je kalau nak enjoy pun. Berkat menabung. Bestkan korang.

Kenapa nak hantar mak ayah dan bukan sendiri yang pergi?

๐Ÿ”น Saya berdoa supaya zura dan suami juga dijemput menjadi tetamu Allah. InsyaAllah redha allah adalah redha ibubapa.

๐Ÿ”น Sebenarnya pada mula zura saving niat saya nak ikut trip TWB ke Paris. Haaaa bab ni zura nak habaq salah satu kebestan SPA TWB. Setiap tahun ada annual trip international. Zura dah beli beg, dah beli jacket, dah beli long john. Cuma kasut tu tengah survey. Paris pada masa tu musim sejuk.

๐Ÿ”นTetiba ubah fikiran, Allah gerakkan hati ni nak hantar mak ayah  ke umrah. Baik zura dahulukan mereka dan lupakan niat untuk ikut trip. Zura fikir takut tak sempat je nak tunaikan impian mereka.

Finally, buat keputusan dan terus bayar booking RM2k dengan Emraaz Agency.  Selebihnya perlu dijelaskan sebulan sebelum pergi.

Alhamdulillah, kita pasang je niat, Allah terus hantar rezeki mencurah-curah.

Menitis air mata dan terpancar wajah gembira di raut wajah suci mereka. Allahu

Dalam TWB semua tahu saya macam mana hahahaha. Kalau betul-betul nak kena ikhtiar dan carilah jalan macam mana pun. InsyaAllah…Allah pasti bagi jalan.

Sepanjang buat TWB ni, saya dapat bayar hutang PTPTN cash berbaki RM11k. Actually baki tinggal lagi RM14k. Tapi bila nak buat full settlement tu ada rebate dan tinggallah RM11k. Yahooooo.

Dengan mobile spa ini juga, saya bayar pakej umrah mak ayah berjumlah RM15k. Lepas tu hantar mak ayah pergi umrah. Pakej saya ambik RM15k mahal sikit sebab tak nak bagi diorang jalan jauh.

Sekarang anak saya umur 12 tahun. InsyaAllah cukup 21 tahun tempoh dia nak belajar, saya yang akan tanggung sepenuhnya sebab saya tak nak buat pinjaman PTPTN. Itu ada dalam target saya.

Nadiah – Surirumah High Class pendapatan Hampir RM5K selepas 3 Bulan Join TWB

Antara surirumah high class dalam team TWB yang berjaya menjana pendapatan 4 angka ialah Nadiah.

Jom kita selami push factor Nadiah untuk tekad dalam bisnes Mobile Spa TWB ini.

Saya perkenalkan diri sikit ye, nama saya Nadiah.


Ibu kepada dua orang cahaya mata.
Berumur 32 tahun dan sekarang menetap di Terengganu.

Saya merupakan surirumahtangga sepenuh masa.
Sekarang dah hampir 4 tahun saya tidak berkerja dan tidak mempunyai pendapatan sendiri melainkan duit nafkah yang suami bagi.


Alhamdulillah sekarang saya dah join TWB dan mobile spa saya ialah Na Dโ€™Beauty & Spa ๐Ÿ˜Š


Saya ni boleh dikatakan sebelum terjebak dengan TWB ni, memang berada di zon yang selesa. Zon selesa yang sebenarnya kita sendiri yang cipta.


Saya tak ada hutang, ptptn dah langsai, kereta dah habis bayar dan dah ada rumah sendiri. Kira tak ada apa la yang buat saya terfikir nak berbisnes ni.

My turning point is bila somebody yang kira ada pertalian dekat dengan kita, masa tu saya baru habis pantang anak ke-2 selama 48 hari kalau tak silap.


Ada insiden yang menyebabkan saya sedikit stress dan dia smash cakap

โ€˜ nak stress-stress buat apa? Bukan ada buat kerja apa pon kt rumah! โ€™


Ayat ini lah yang terngiang-ngiang dalam kepala saya hingga buat saya tekad untuk membuktikan yang surirumah ni bukan sahaja duduk goyang kaki je dekat rumah.


Walaupun duduk rumah tapi kita boleh menjana pendapatan dari rumah dan masih boleh jadi surirumah highclass yang KAYA DAN BERJAYA.


Bila saya dah TEKAD tadi, saya tak kira macam mana sekali pun saya kena cari modal untuk join juga spa TWB ni.

Saya mula sembang-sembang dengan suami, santai-santai je cerita pasal TWB. Saya tunjuk sikit la gambar-gambar duit kepuk-kepuk yang diorang hantar dalam kelas preview sambil gosok-gosok la sikit suami tu kan, picit-picit. Hehe..


Dan dia tanya modal berapa? Hahhhh apa lagi terus cakap RM1999 pakej seret bag, all in.

Mula cik suami diam je, then dia tanya.
โ€œAgak-agak berapa bulan boleh pulang modal tu?โ€ Tak prepare jawapan sebenarnya haha tapi tak tahu mulut ni cepat je jawab โ€œ2 bulanโ€.


Dipendekkan cerita, husband pun bagilah pinjam modal tapi BERSYARAT
1) boleh buat spa on weekend sahaja
2) pastikan BERJAYA


Hah.. Paham dah ayat dia tu berjaya tu means 2 bulan kena bagi balik duit dia lah. Sebab dah cakap 2 bulan lepas tu bila dia dah bagi duit tu siap janji lagi 2 bulan akan bagi balik semua RM1999.


Okay kat sini sebenarnya secara tak langsung saya dah mula buat target iaitu dalam masa 2 bulan saya kena dapatkan balik modal !


So bila dah ada target macam tu saya terus buat kira-kira siap-siap sebab tadi husband bagi syarat boleh buat hari minggu sahaja. So saya kira siap-siap.

2 bulan = 8 minggu = 16 hari(Jumaat DAN Sabtu)
So RM1999/16hari = RM125.


So bila kira-kira, sehari saya kena dapat paling lagi kurang RM125 supaya saya boleh balik modal dalam tempoh 2 bulan tu.


Ini kiraan kasar la tapi at least bila kita narrow down kan macam ni, baru kita nampak dan kita akan work for it.


Kalau ikutkan RM125 tu saya cuma perlukan 2-3 orang customer je sehari.
Mudahkan? Bila kita clear apa yang kita nak.


Saya training sehari sebelum raya. Petang raya orang tengah sibuk buat persiapan nak raya kita sibuk training spa ๐Ÿ˜…


Masa tu kira barang-barang wajib tu semua saya dah dapat dan ada tinggal beberapa yang kecil-kecil je lagi yang tak ada.


Tapi saya fikir waktu raya lah saya boleh reach ramai orang yang saya kenal sedara mara, sepupu dan adik bradik.


Jadi saya beli je dulu mana yang kecil-kecil tu contoh macam headband, mangkuk dan sponge muka. Tak rugi pun sebab lepas tu memang kena topup balik bila kita run facial untuk 2 org sekaligus.


Malam raya saya dah ada customer first haha..
Siapa lagi kalau bukan suami hehe ๐Ÿ˜‚ malam tidur dekat rumah mertua sebab turn raya sana. So saya sengaja facialkan suami dekat ruang tamu.


Daripada nak facialkan suami je, dah dapat facialkan mak mertua dan adik ipar 2 orang. Tak sebut pun berapa harga sebab introduction kan. Dapat la juga RM100 malam raya tu juga ๐Ÿ˜


Kebetulan la kot sebab raya kan. So ramai sedara mara yang nak cuba. RM1k pertama tu memang saya dapat daripada kalangan saudara mara, adik beradik dan kawan-kawan yang terdekat.


Saya tak buat facial sahaja sebab nak balik modal cepat and saya tahu bila suami dah start masuk kerja semula lepas raya saya hanya ada hujung minggu sahaja nak buat spa.


So saya beranikan diri untuk go to full spa treatment terus.
Full treatment saya buat semua kecuali herba sauna sebab belum ada pun lagi. Untuk full treatment spa saya cas RM250 dan nak dijadikan rezeki seorang sepupu dan kakak nak buat, so saya dah ada RM500 kat situ.

Sebenarnya, lepas dah dapat RM1k tu saya stuck juga sekejap sebab dah habis pusing semua sedara mara sepupu kawan-kawan semua dah try. Dalam 2 hujung minggu juga lah kiranya saya tak ada customer langsung. Masa tu dah masuk bulan ke 2 saya buat spa.


So target dah larilah time tu kan sebab dah 2 kali hujung minggu tak ada customer. Iklan promo semua saya dah buat. Blast dekat semua group whatsapp yang ada. Tak senang duduk dah masa tu sebab fikir saya cuma ada lagi 4 hari untuk tunaikan janji saya bagi balik duit suami RM1999.


Tak tahu la mana datang ilham Tuhan bagi tiba-tiba lepas sembahyang asar masa tu, saya terfikir idea yang saya rasa tak tahu la ada ke mana-mana ahli TWB lain pernah buat ke tak.


Tahu apa saya buat? Saya pergi tawarkan service spa saya dengan cara direct selling ๐Ÿ˜†
Saya jadi terfikir, kalau customer tak cari aku, apa kata aku yang pergi cari customer.


Saya pergi dekat salah satu rumah flat yang kira baru juga la dekat area Kuala Terengganu ni. Flat ni kira belas-belas tingkat juga la.


Dan alhamdulillah mungkin Tuhan nak tolong saya tunaikan juga janji saya pada suami tu, saya round flat tu 3 hari Khamis, Jumaat dan Sabtu..settle RM1k seterusnya ๐Ÿ˜Š


Ingat lagi hari first Khamis tu kebetulan suami cuti, so saya pergi, saya naik sampai tingkat ke 7 dan saya dapat RM350 alhamdulillahhhh sangat.


Jumaat esok tu saya pergi lagi. Saya jadi lagi semangat sebab kelmarin dah dapat lebih pada target kan. Saya pergi first floor tak ada orang nak, second tak ada juga dan third floor pun tak ada juga!
Aduh…


Habis masa round je saya fikir, dah la masa agak terhad sebab suami nak pergi sembahyang Jumaat pula kan.


So sebelah pagi tu saya balik gitu je tangan kosong, tapi rupanya Tuhan nak tengok sejauh mana kita sabar dengan sedikit ujian yang dia bagi.


Saya usaha lagi sebelah petang dan dapat satu rumah ada 4 orang sekali yang nak buat treatment! So alhamdulillah Jumaat tu saya dapat dalam RM240.๐Ÿ˜Š


Hari Sabtu last saya round dan saya memang target nak langsai terus bagi cukup juga RM1k. Memang malam tu sebelum tidur saya dah fikir dah doa banyak kali supaya Allah bagi juga customer pada esok hari untuk saya dapat RM400++.


Dan memang betul subconscious mind(minda separuh sedar) ni sangat POWER. Apa kita fikir, apa kita cakap semua tu DOA. Alhamdulillah 3 hari settle RM1k saya yang seterusnya.


Balik rumah melompat terus bagi kat husband cakap nah tak cukup 2 bulan dah dapat bagi balik RM1999. Kira masa tu ada 1 kali weekend lagi nak cukup ke 2 bulan saya pinjam duit dia ๐Ÿ˜‰


Dan yang paling bestnya sepanjang saya pulun nak dapat balik modal tu, saya dah ada 2 orang customer tetap untuk full pakej spa selama setahun dan 3 orang customer full facial untuk setahun juga.

Alhamdulillah atas setiap kepahitan Allah hadiahkan kemanisan.

Tahniah buat #AlumniTWB yang berjaya nekad join Kursus Mobile Spa TWB dan peroleh income 4 angka.!!๐Ÿ‘๐Ÿ’ถ

Korang yang berminat nak tambah pendapatan melalui Bisnes Mobile Spa boleh rogerr mama ye. Picit je link kat bawah ni tau!

Salam Sayang dari Mama
Shida Gojes Spa by Shida
TWB Certified Beautician
The Walking Beauty Project
Email: norarsida@yahoo.com
Whatsapp: http://twbspa.wasap.my/60143237990