ALFALFA COMPLEX JAMU MODEN VIRAL

Salam ceria buat anda yang sudi mengunjungi blog mama. Semoga anda sentiasa sihat dan tenang selalu. Blog ini masih lagi dalam proses penyusunan. Kene ambil lebih masa untuk entry lebih tersusun especially penulis nya yang masih nubis cam mama ni.hihihi. Entry kali ni mama nak perkenalkan pada anda antara vitamin Shaklee yang sangat popular dan tersenarai dalam TOP 10 BEST SELLER SHAKLEE SUPLEMENTS tau.

Alfalfa Complex-mamagojes

Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat berkhasiat dan mengandungi lebih dari 300 jenis vitamin dan mineral. Ia juga digelar sebagai “BAPA SEGALA TUMBUHAN” kerana mengandungi paling banyak nutrien berbanding tumbuhan herba yang lain. Alfalfa dikenali secara saintifik dengan nama “Medicago Sativa”. Alfalfa dipercayai berasal dari Timur Tengah tapi sekarang ini penggunaan Alfalfa semakin meluas dan berkembang di negara-negara lain.

Mama gelarkan Alfalfa ni sebagai jamu moden buat wanita-wanita di luar sana baik yang bujang mahupun yang berkahwin. Jom kita kenal serba sedikit tentang Alfalfa yang hebat dan hangat di pasaran dan di antara suplemen kegemaran pengguna tegar Shaklee ni.

Alfalfa ini merupakan tumbuhan renek yang mempunyai akar yang sangat panjang mencecah sehingga 20 kaki di dalam tanah untuk menyerap pelbagai jenis vitamin dan mineral untuk disimpan di dalam daun Alfalfa ini.

Selain itu juga, Alfalfa ini adalah tumbuhan beralkali dan sifat ini kontra dengan sifat dalam tubuh badan kita yang mempunyai asid. Buat pengetahuan anda, lebih tinggi kandungan asid dalam tubuh badan kita, lebih tinggi risiko untuk dapat penyakit.

Dalam Shaklee, Alfalfa merupakan Signature Formula yang telah dicipta oleh Dr Shaklee pada tahun 1950an yang dulu. Lama betul, mama pun belum lahir lagi time ni.

Alfalfa Shaklee ini ditanam dikawasan yang subur yang terletak di California secara organik yang bebas bahan kimia. Ia dituai semasa di puncak kematangan iaitu semasa berumur 2 tahun bagi memastikan anda memperoleh kebaikan kandungan nutrisi yang optimum.

Setelah dituai, Alfalfa ini akan di letakkan di bawah udara yang segar dan di bawah cahaya matahari untuk proses pengeringan bagi mengekalkan kandungan nutrien di dalamnya.

Perlu mama ingatkan disini, Alfalfa Shaklee ni bukanlah Alfalfa dari jenis Sprout yang jual dekat supermarket tu tau. Alfalfa Shaklee ni jenis pokok renek dimana Shaklee hanya menggunakan daun Alfalfa sahaja untuk diproses menjadi tablet. Shaklee tak kaut keseluruhan tumbuhan Alfalfa ni yer. No,No,No.

Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa dan juga kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokikia.

 

MANFAAT UTAMA ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Antara manfaat utama yang anda akan peroleh dalam Alfalfa Complex Shaklee ini ialah:-

  • Mencuci hati, darah dan usus

Alfalfa Complex adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, selain membantu menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati dan darah, ia juga dapat mencantikkan kulit dan otot.

  • Melawan Alahan

Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (alhlete’s foot) dengan berkesan.

  • Perubahan patologi di dalam usus dan perut

Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis, hyperacidity dan sembelit.

  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol

Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang dengan alfalfa mampu menghapuskan lemak degil, mengurangkan kolestrol, mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

  • Melegakan keletihan

Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

Lebih menarik lagi, Alfalfa Shaklee ini adalah antara produk utama yang digunakan dalam Shida Gojes Spa milik mama. Sebagai beautician yang terlatih, mama memilih produk terbaik dan selamat dari sumber yang natural dan bebas dari kimia berbahaya untuk pelanggan-pelanggan Spa mama agar mereka juga dapat menikmati khasiat dari “BAPA SEGALA TUMBUHAN” ini.

Alfalfa Complex ini juga mampu menanggalkan sel kulit mati yang dah lama melekat pada tubuh badan anda. Selain itu juga, ia mampu menyingkirkan whitehead dan blackhead secara lembut tanpa perlu mengeluarkan air mata yang mahal tu menahan sakit.

Dah berkenan nak singkirkan sel kulit mati dan pengganggu kecantikan wajah anda tu? Tarikan jemari anda untuk klik link wasap yang mama selalu tepek kat bawah tu untuk booking slot servis Spa mama tu ye.

InshaAllah mama akan kongsikan lagi kebaikan yang terkandung dalam Alfalfa Complex ini dalam entry yang akan datang.

*Produk Alfalfa Shaklee ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

 

Salam Sayang dari Mama

Shida Gojes Spa by Shida

TWB Certified Beautician

The Walking Beauty Project

Shaklee Independent Distributor

ID: 1282548

FB: https://www.facebook.com/shida.unni

Email: norarsida@yahoo.com

Whatsapp: http://shidal2b.wasap.my/60143237990