ESP Soy Protein Isolate Powder – Energizing Soy Protein
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat pengunjung setia blog mama yang sentiasa dalam usaha penambahbaikan ini.
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca info-info yang mama kongsikan di sini sebagai panduan anda semua. Mama harap perkongsian kali ini sedikit sebanyak memberikan laluan dalam minda anda untuk mengenali rangkain produk supplemen dari Shaklee ini.
Hari ini mama nak cerita dan kongsi berkaitan produk Shaklee yang dihasilkan dari protein soya. Lebih menarik lagi produk ini antara produk yang kuat hubungannya dengan produk supplemen Shaklee yang lain. Ini bukan skandal tau. Bukan juga sekadar gosip liar TAPI ini memang hakikatnya. Nak kenal produk ni? Jomm kita zasss produk Shaklee yang tersenarai dalam Anugerah TOP 10 BEST SELLER SHAKLEE SUPPLEMENTS.
Dr Forest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolate pertama pada tahun 1961. Tahun 1961 ni pun mama belum wujud lagi dekat muka bumi ni. Untung nya mereka yang consume ESP ni sejak awal dahulu. Mama kenal ESP ni masa umur 30-an. Mungkin anda rasa terlambat kan. Tiada istilah terlambat bagi mama sekalipun baru kenal ESP ni.
ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan merupakan satu-satunya produk NON-GMO Soy Protein yang mempunyai 9 asid amino penting untuk keperluan tubuh badan yang tidak mampu dihasilkan oleh tubuh badan.
Kenapa Non-GMO Soy Protein? Non-GMO ini adalah Non-Genetically Modified Organism. Dalam ESP Shaklee, protein soya yang di gunakan adalah dari kacang soya yang tidak di ubahsuai secara genetik. Dari biji benih sehinggalah proses menghasilkan serbuk ESP ini, Shaklee hanya menggunakan bahan semulajadi yang berkualiti sahaja.
ESP juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur kecuali bayi manakala kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 membantu mengekalkan paras gula dalam darah secara optimum. Sangat sesuai lah untuk pesakit kencing manis bagi menambahkan keperluan nutrisi dalam tubuh badan.
MANFAAT ESP SHAKLEE
- Kulit lebih sihat dan muda. Kenapa? Kerana Asid Amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan keremajaan kulit.
- Berasaskan kacang soya semulajadi– kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dgn isoflavon. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
- Membantu memulihkan fungsi Prostat lelaki– genistein dalam kacang soya telah dibuktikan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel kanser tersebut daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia bermutasi menjadi sel-sel kanser. Oleh itu, fungsi prostat & keupayaan seksual lelaki terpelihara.
- Mencantikkan dan menganjalkan kulit– ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan luka dan menghilangkan parut.
- Memberi tenaga segera– ESP Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun. Selain itu, ia membantu dalam memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan lain-lain lagi.
- Membantu menguatkan memori– kesan daripada pemulihan sel badan dengan protein yg cukup dapat membantu menguatkan memori dan ingatan serta lebih fokus.
ESP Shaklee ini juga adalah antara produk tunjang utama dalam Shida Gojes Spa milik mama. Haaa bukan sahaja untuk diminum malahan boleh dijadikan produk Spa. Untung sungguh lahai 2 in 1 sifat ESP Shaklee ni bagi mama. Mesti hairankan serbuk soya ni dijadikan produk penting dalam servis Spa mama. Nak rasa nikmat ketenangan berSpa dengan ESP? Jomm wasap mama. Yang nak cuba perbaiki keperluan nutrisi protein dalam tubuh badan anda juga boleh hubungi mama tau.
Setakat ini dahulu perkongsian mama berkaitan ESP yang mam cintai ini. Entry selanjutnya akan mama kupaskan tentang ESP dengan lebih menarik deria rasa anda pula. Tunggu ya.
*Produk ESP Shaklee ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*
Salam Sayang dari Mama
Shida Gojes Spa by Shida
TWB Certified Beautician
The Walking Beauty Project
Shaklee Independent Distributor
ID: 1282548
FB: https://www.facebook.com/shida.unni
Email: norarsida@yahoo.com
Whatsapp: http://shidal2b.wasap.my/60143237990
I enjoy, result in I found exactly what I was taking a look for.
You have ended my four day long hunt! God Bless you man. Have a great day.
Bye
Tq for your comment.
May Allah bless you too