Assalamu’alaikum w.b.t. buat korang yang sudi singgah dan baca perkongsian mama ni. Kali ni mama nak share tentang “Mobile Spa” dengan TWB yang telah banyak membantu wanita di luar sana menjana pendapatan. TWB juga telah banyak menyentuh kehidupan yang sebelum ni bishe-bishe kini sudah menjadi luar biasa.

Jana Pendapatan dengan Mobile Spa

Trending kini perkhidmatan Spa Bergerak sangat mendapat sambutan baik dari kaum wanita terutamanya yang mempunyai kekangan masa untuk ber ‘me time’ di pusat Spa.

Kursus Mobile Spa ini juga kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Haa banyak dah pusat latihan yang menawarkan Kursus Mobile Spa ni. Tapi paling best bila berkursus Mobile Spa dibawah bimbingan “The Walking Beauty” atau lebih glamer digelar TWB. Banyak sangat benefit yang korang dapat semasa dan selepas berkursus di bawah bimbingan TWB kalau nak di bandingkan dengan tempat kursus Mobile Spa di luar sana.

Lebih Mudah dan fleksibel

Bagaimana yang dikatakan mudah dan flexibel tu?

Mudah dan fleksibel dengan Mobile Spa TWB. Korang boleh buat dimana-mana je tau. Sambil bercuti, sambil balik kampong jenguk mak ayah duit boleh masyuk. Haa best ke best?

Fleksibel dari segi masa, korang boleh buat bila-bila masa ikut masa customer @ ikut masa korang.

Fleksibel kerana ia tidak mengganggu masa korang, yang mungkin terikat dengan kerjaya atau urusan keluarga.

Instant Cash

Instant cash memang sangat membantu para Beautician dibawah bimbingan TWB especially waktu-waktu yang memerlukan.

Para Beautician dibawah bimbingan TWB juga mampu menjana pendapatan lumayan, iaitu sekitar RM400 sehari bergantung kepada tempahan kastemer.

Kursus TWB Bersijil

Certified trainer TWB akan memberi latihan kepada peserta dan paling penting peserta juga akan menerima sijil latihan serta peralatan Spa.

Berbaloi sangat menjalani kursus Mobile Spa di bawah bimbingan TWB ni ni. Mana taknya, ada yang balik dari kursus dah dapat pelanggan. So, peserta dah tak perlu nak keluar lagi modal untuk membeli tools untuk menjalankan servis Spa. Semua sudah tersedia.


Sistem Pemantauan

Pihak TWB juga mempunyai sistem pemantauan bagi memastikan peserta kursus yang menyertai kursus Spa TWB ini dilatih sehingga berjaya memulakan perniagaan sendiri.

Selain itu, kami di TWB sering berkongsi pendapat, idea, cadangan dan nasihat bagi ahli baru TWB baru baru memulakan bisnes Mobe Spa ini bagaiman untuk mereka terus bersemangat untuk konsisten dalam niche bisnes ini.

Ada juga antara peserta BERJAYA pulang modal kursus Mobile Spa hanya dalam beberapa minggu. Alhamdulillah dengan izin Allah. Memang power tau!

Mobile Spa = SPA Tanpa Kedai Dengan Modal Terendah

Bisnes Spa dengan modal rendah dan all in ni memang sangat mengujakan dan mudah bagi peserta kursus. Projek TWB hanya akan buat MOBILE SPA BUKAN BUKA KEDAI SPA. Sebab objektif TWB nak bantu ramai wanita yang memerlukan duit dengan modal yang rendah.

Korang tahu tak, nak setup kedai SPA yang cantik-cantik tu, kita kena ada modal yang beratus ribu RM? Tak caya korang boleh tanya para pengusaha Kedai SPA sendiri. Berapa modal mereka nak mulakan kedai SPA.

Itu baru masa nak setup. Bila dah siap, kena fikir kos operasi setiap bulan pulak. Nak cover kos sewa kedai, kos gaji pekerja, kos bil air dan elektrik, kos marketing, dan banyak lagi.

Sebab tulah TWB pilih bisnes MOBILE SPA. Bisnes tanpa kedai yang boleh dijalankan di mana-mana saja (rumah sendiri atau rumah customer) dengan kos yang minimum.

ONE TO ONE PRACTICAL Training HANYA 1 HARI SAHAJA

Ada sesetengah kursus SPA yang hanya tunjukkan demo dan diajar secara beramai-ramai. Kemudian ambil masa sangat lama, ada yang berhari-hari.

Tapi TWB menawarkan 6 jenis kursus SPA yang diajar secara one-to-one dan praktikal bersama Certified TWB Trainer yang hanya mengambil masa 1 hari sahaja.

Sambil dengar sambil belajar, korang terus buat. Lebih mudah faham sebab praktikal, jadi mana bahagian yang tak faham boleh terus tanya trainer.

Lebih best lagi bila sambil training dapat Coaching Free berkaitan kesihatan dari Trainer. Fuhh bukan setakat ilmu Spa malahan ilmu Nutrisi juga diselitkan.

Selepas training, anda terus dapat semua ilmu, tools dan produk yang diperlukan untuk memulakan bisnes SPA TWB hanya dari rumah anda.

PRODUK SPA SETARAF ANTARABANGSA

Terutamanya dalam pemilihan produk yang baik dan selamat untuk pelanggan SPA bukan suatu perkara mudah.

Ada sebahagian yang menawarkan servis SPA di luar sana menggunakan produk kecantikan OEM, produk yang tiada kelulusan KKM dan mengandungi bahan kimia berbahaya ke atas pelanggan mereka. Ini akan memberikan kesan buruk kepada kastemer.

Tapi, bukan semua servis SPA yang buat begini.

Walaubagaimanapun, dalam projek TWB tidak mahu mempertaruhkan kesihatan kastemer dengan menggunakan produk yang kita sendiri pun tidak tahu dan tidak yakin akan keselamatannya.

Sebab itulah SPA TWB hanya menggunakan produk kecantikan Youth SHAKLEE.


Projek The Walking Beauty” hanya sebagai pembuka jalan dan akan membantu kaum wanita memajukan diri.

Dalam projek TWB ni, dah banyak titik kehidupan berubah dari bishe-bishe kini luar biasa. Projek TWB ditubuhkan dengan tulus untuk membantu wanita sama ada yang berkerjaya atau suri rumah atau pelajar.

Mama berharap agar projek The Walking Beauty ini membolehkan kaum wanita semua memajukan diri tanpa bergantung kepada pendapatan suami semata-mata.

Kursus yang ditawarkan terbuka kepada wanita yang mempunyai minat, rajin dan ingin memajukan diri.

Kepada wanita di luar sana yang berminat dan betul-betul mahu mencari pendapatan sampingan, sila tekan link kat bawah ni yer


http://wasap.my/60143237990

Salam sayang dari

Shida Gojes Spa by Shidahttps://www.facebook.com/Arsida.Arshad

TWB Certified Beautician

The Walking Beauty Project