Assalamu’alaikum dan salam ceria buat korang yang sudi mengunjungi blog mama ni. Okay kali ni mama nak share berkenaan Kursus terbaharu yang diperkenalkan oleh Founder “The Walking Beauty (TWB)” iaitu Kursus Pakej Penjagaan Berpantang dan Urutan Selepas Bersalin. Kursus ini masih Hot from Oven…panashhh lagi tau. Hehehe. Untungla buat ahli team Spa TWB yang mendaftar pada bulan Ogos 2018 yang lalu kerana mereka boleh add-on Kursus Pakej Penjagaan Berpantang dan Urutan Selepas Bersalin dengan Yuran Tambahan RM100.00 SAHAJA. Viral kini untuk ibu-ibu yang hamil mencari perkhidmatan Confinement Lady (CL) seawal kandungan berusia 4 bulan bagi memudahkan mereka semasa dalam proses berpantang dan bersalin nanti. Yang nak menikmati lebih rasa bertenaga ketika hamil dan berpantang, boleh la mengambil makanan tambahan Set Hamil Shaklee dan Set Berpantang Shaklee.

Penjagaan selepas bersalin merupakan satu tempoh buat para ibu untuk pulih dari luka dalaman ketika bersalin. Penjagaan selepas bersalin juga adalah satu proses yang mencabar bagi ibu-ibu terutama bagi ibu-ibu yang melahirkan bayi pertama mereka. Setiap pergerakan harus di kawal. Duduk, berjalan, menyusukan bayi, baring, ketika batuk, bersin dan ketawa perlu dikawal di awal berpantang.

Jadi dinasihatkan untuk bakal ibu, jangan lah kita abaikan amalan penjagaan selepas bersalin ini kerana jika kita abaikan, kesan yang tidak baik mungkin tidak berlaku serta-merta tetapi apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, tenaga pun semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan dan tak kurang juga ada ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Sebagai persediaan untuk berpantang secara tradisional, 7 langkah penjagaan penjagaan berpantang dan bersalin perlu diikuti:-

*Mandi Air Rebusan Daun / Herba

*Berurut

*Bertungku

*Berbengkung

*Memakai Pilis/Param

*Minum air rempah / ubat periuk

*Tidur dan rehat secukupnya

 

MANDI AIR REBUSAN DAUN / HERBA

Tanaman herba yang berkhasiat tidak sukar untuk mencarinya. Ianya masih ditanam di halaman -halaman rumah dan ada juga yang dijual di pasar-pasar pagi.

Kehebatan pokok-pokok herba memang diakui sangat baik untuk manusia. Buat ibu yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, air rebusan daun herba sangat-sangat membantu.

Air rebusan daun herba sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf, dengan aromanya yang sangat menenangkan di samping dapat membantu menyegarkan tubuh badan dan fikiran.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mandian daun herba:

Sintok

Daun mengkudu

Serai wangi

Daun pandan

Daun sireh

Daun Pokok Semalu

 

Rebus dan gunakan air rebusan setiap kali mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Ia berkesan memberikan kesegaran dan meninggalkan bau harum pada badan.

BERURUT

Urutan boleh memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin dan lendir yang kotor serta melancarkan pengeluaran darah nifas. Ianya juga boleh menenangkan jiwa, melegakan bisa otot dan sendi dan meringankan tubuh badan yang lesu selepas bersalin.

Berurut amalan yang sering dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana faedahnya sangat baik untuk badan. Bayi pun ada urutan khas bagi membuatkan bayi tenang dan selesa.

Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan. Yelah, semasa tempoh melahirkan, ibu mengunakan banyak tenaga dan banyak kehilangan darah, jadi selepas bersalin, badan ibu akan menjadi sangat lemah dan tak bermaya.

Semasa berurut badan kita akan kembali panas dan segar. Sebab itulah ibu perlu sentiasa memakai baju panas dan menyarung stokin. Badan ibu akan cepat berasa sejuk dan kelihatan sembap atau bengkak terutama sekali di bahagian kaki.

BERTUNGKU

Amalan bertungku sememangnya satu amalan yang sangat baik. Bertungku bukan sahaja membantu untuk mengecutkan ‘batu merian’ supaya lemak yang terkumpul dibahagian perut dapat dipecahkan.

Bertungku juga dapat membantu memecahkan darah beku dalam perut. Bertungku juga membantu mengurangkan stress ibu dan menaikkan peranak. Orang yang bersalin secara pembedahan tidak digalakkan bertungku dibahagian perut, namun begitu bertungkulah di bahagian lain seperti belakang badan dan kaki.

Mudah sahaja nak bertungku ni.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • batu tungku, boleh beli dikedai atau pinjam dari saudara mara. Kalau tiada, boleh juga guna batu sungai yang besar dan berbentuk bujur – jangan terlalu berat, nanti tak larat nak angkat pula 🙂
  • Daun mengkudu (paling baik) ambillah beberapa helai – banyak & lebar lagi bagus.
  • Kain pelapik (biar tebal) biasanya nak mudah guna sahaja kain batik atau tuala, nampak tradisional gitu.

Bakar tungku selama 15-20 minit hingga betul-betul panas, angkat dan balutkan dengan daun mengkudu.

BERBENGKUNG

 

Mengikut sejarah perbidanan melayu tradisional mahu pun moden, kegunaan bengkung bagi ibu yang selepas melahirkan bayi adalah penting untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut dan memudahkan keluarnya angin panas dan kotor.

Bengkung yang bagus adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kuat dan kukuh pada atas rahim.

Bengkung ini seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ia boleh mula dipakai pada hari ke-4 sehingga tamat tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki. Memakai bengkung yang kemas dan sempurna dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat.

Pemakaian bengkung bukanlah sekadar nak merampingkan pinggang. Tujuan sebenar adalah untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Ketika hamil, badan ibu akan mengembang dan banyak juga lemak-lemak terkumpul kan.. selepas bersalin semuanya mengeleber, jadinya penjagaan berpantang adalah masa yang paling baik untuk mengecilkan dan menegangkan semua itu ke bentuk badan asal malah mungkin boleh jadi lebih baik dari sebelum itu.

 

 

MEMAKAI PILIS/PARAM

Berpilis? apa tu yea? ia adalah sapuan herba pada bahagian dahi. Tujuan berpilis adalah untuk mengurangkan pening dan loya. Badan kehilangan darah semasa bersalin. Oleh itu pilis ini membantu mengurangkan pening dan kelam mata.

Pilis boleh didapati dengan mudah di dalam set bersalin tradisional.

 

MINUMAN AIR REMPAH/UBAT PERIUK

Ubat periuk rasanya memang pahit dan kelat namun zaman sekarang dah tidak susah-susah mencari akar kayu. Semuanya sudah siap dijual di pasaran. Ada pelbagai jenama, ada yang dalam uncang, ada juga yang dibuat seperti teh. Bancuh dan terus minum.

Jadi berbalik kepada ubat periuk atau air akar kayu, ianya sangat baik untuk kesihatan dalaman. Antara khasiatnya adalah:

  • Membantu melancarkan perjalanan darah,  
  • Memenambah tenaga, 
  • Menyenangkan pembuangan air besar 
  • Mengeluarkan angin dalam badan dan menambah seri muka agar tidak kelihatan terlalu pucat. 

Selain mengamalkan ubatan herba, boleh juga mengamalkan Set Berpantang Shaklee. Memang best sangat. Rasa bertenaga dan segar dengan gabungan ubatan tradisional dan suplemen moden.

Jangan lupa jarakkan pengambilan ubatan herba dengan Set Berpantang Shaklee sekurang-kurangnya sejam tau.

Terdapat Doktor dan Pakar Perubatan yang menyarankan agar ibu-ibu berpantang mengamalkan pengambilan vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang tidak kira samada bersalin secara normal mahupun bersalin secara pembedahan.

Petikan dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat :

“Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.”  

REHAT SECUKUPNYA

 

Selepas bersalin, ibu terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan baru dan karenah bayi. Sekiranya semua tip di atas telah dibuat, tetapi badan tidak mempunyai rehat yang secukupnya, tidak berkesan penjagaan berpantang yang ketat.


Untuk mengelakkan rasa pening dan letih melampau ketika menjaga bayi, (ada bayi yang pada waktu malam suka meragam) anda perlu utamakan tidur. Apabila bayi tidur, masa itulah ibu turut sama tidur dan berehat. Jangan pada waktu bayi tidur, ibu pula sibuk nak buat kerja.

Waktu berpantang adalah waktu kritikal bagi ibu untuk memulihkan semula kesihatan badan dan luka-luka dalaman. Untuk minggu pertama bersalin sebaiknya, anda berehat sahaja. Lupakan sementara kerja-kerja mencuci dan lain-lain kerja yang boleh ditangguhkan.

Paling elok kerja-kerja rumah, ditinggalkan sahaja kepada suami atau pembantu. Berbincanglah dengan pasangan mengenainya. Demi mengutamakan kesihatan diri, tidur dan rehat yang cukup membantu ibu mengurangkan rasa tertekan.

Okay tu baru sikit je mama share mengenai Penjagaan Berpantang dan Bersalin. Banyak lagi sebenarnya tapi mama balik ke tujuan asal post mama ni iaitu berkenaan Kursus baru yang ditawarkan dalam Projek TWB ni iaitu Kursus Pakej Penjagaan Berpantang dan Urutan Selepas Bersalin.

Kalau dulu asal berpantang je mesti pulang ke kampong samada rumah mak sendiri atau pun rumah mak mentua. Bukan nye ape, mak-mak kita ni dah berpengalaman dan kat kampong tu kalau nak cari dedaun atau herba lebih mudah berbanding di bandar.

Namun kini timbulnya kesedaran bahawa mak-mak kita ni sudahpun berusia. Mana nak jaga kita yang berpantang, mana nak jaga baby, mana nak masakkan makanan berpantang, panaskan tungku, sediakan air mandian dan sebagainya.

Dengan itu kini semakin menjadi trend untuk para ibu menempah perkhidmatan Penjagaan Berpantang dan Bersalin yang digelar Confinement Lady (CL) yang bertanggungjawab untuk melengkapkan penjagaan ibu dan bayi agar si ibu mendapat rehat yang secukupnya.

Cik abang tak la kelam kabut nak uruskan si ibu dan bayi serta anak-anak yang lain. Buat yang pertama kali menimang cahaya mata masih baru dalam alam parenting so banyak yang perlu dipelajari melalui praktikal.

Demi membantu si ibu dan bayi, Founder TWB iaitu Master Coordinator Shaklee Puan Ainul Shahrazad telah come out dengan Pakej Kursus Penjagaan Berpantang dan Urutan Bersalin buat team Spa TWB agar dapat memikul tanggungjawab membantu para ibu dan bayi yang memerlukan penjagaan rapi dan meringankan kerja-kerja seharian dalam penjagaan berpantang.

 

Bertuahnya Team Spa TWB yang join pada bulan Ogos 2018 yang lepas boleh add-on Pakej Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin dengan yuran SERENDAH RM100.00 SAHAJA.

 

Bertambah menarik  kan Pakej Kursus yang ditawarkan dalam Projek “The Walking Beauty” TWB ni.

Apa yang korang akan pelajari dalam Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin ni?

*Urutan Tradisional

*Rawatan Selepas Bersalin

*Cara Bertungku

*Cara Sengkak Rahim yang tidak memudaratkan

*Cara Bertangas Kering dan Bertangas Basah

*Spa dan Rawatan Bayi

*Cara Pembuatan Jamu

Setelah tamat kursus, korang juga bakal menerima:

#Sijil Penyertaan

#Support Group Berterusan

#Kitab Harga

#Modules

Ada yang berminat nak join Pakej Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin boleh klik link wasap yang mama provide kat bawah ni ye.

Shida Gojes Spa by Shida

TWB Certified Beautician

The Walking Beauty Project

FB: https://www.facebook.com/shida.unni

Email: norarsida@gmail.com

Whatsapp: http://twbspa.wasap.my/