Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog mama buat sekian kalinya. Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tenang selalu.

Ok entry mama yang lepas berkaitan dengan Kursus Spa Termurah – Kursus Spa “The Walking Beauty 2018”. Entry mama kali ni pula mama nak zass zass tentang bagaimana buat duit dengan Mobile Spa.

Teruskan pembacaan anda dan mama harap agar entry mama kali ini dapat memberi sedikit manfaat serta mampu membuka mata anda yang sedang berkira-kira untuk melaburkan modal dalam bidang bisnes.

Seperti yang mama dah cerita berulangkali dalam entry-entry yang sebelum ni bahawa bisnes dalam perkhidmatan merupakan bisnes yang sangat rendah risiko. Antara bisnes perkhidmatan yang sangat viral dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi adalah bisnes Mobile Spa. Dimana-mana sahaja kita boleh buat duit dengan Mobile Spa sekalipun kita sedang bercuti, tetap ada permintaan.

 

APA NAK BUAT LEPAS SPM?

Mencabar pemikiran mama dengan tajuk ni. Mengakhiri zaman persekolahan merupakan satu bendera “Bebas” buat pelajar-pelajar yang tak sabar nak menutup tirai berpakaian uniform putih setiap hari. Setelah tamat peperiksaan SPM, ini adalah plan penting yang perlu diberi perhatian buat pelajar-pelajar di luar sana bagi mengisi masa dan menimba pengalaman.  Apa nak buat lepas SPM?

“Lepas SPM ni, saya nak qada’ tidur sepuas-puasnya”

“Lepas SPM ni, saya nak terus cari kerja”

“Lepas SPM ni, saya nak pergi melancong”

“Lepas SPM ni, saya nak hangout dengan kawan-kawan”

“Lepas SPM ni, saya nak berniaga secara full time kat online”

“Lepas SPM ni, saya nak tolong uruskan perniagaan keluarga”

Ni jawapan spontan yang keluar dari mulut-mulut comel remaja yang berada di tingkatan 5 sekarang ni. Kemudian baru lah keluar jawapan tentang sambung belajar pula.

Kemudian, soalan yang sama diajukan pada mama. Senyum meleret mama bila mengenangkan detik-detik lalu yang cukup manis bagi mama lepas SPM pada tahun 1999. Jom baca throwback sedikit kisah pengalaman mama lepas SPM. Zam zam ala kazam!!

Apa nak buat lepas SPM? Mama jawab terus yang mama nak kerja. KENAPA? Sebab bila kerja hujung bulan dapat gaji kemudian boleh belanja family makan-makan, boleh beli baju, kasut dan tudung. Tak perlu nak mintak dekat ayah duit lagi. Lebih penting boleh belanja adik-adik. Adik-adik mama ni ramai tau, lapan orang semuanya. Jadi, anda pasti buleh bayangkan sepuluh mulut perlu diberi makan, pakai dan tempat tinggal yang selesa dengan sumber pendapatan dari ayah seorang je.

Kerja pertama mama selepas SPM adalah sebagai pembantu klinik di Klinik & Surgeri Lee. Pengalaman yang tak dapat dilupakan waktu itu, di mana data pesakit adalah secara manual (Kad pesakit berwarna putih,biru dan pink). Pesakit perlu beri IC semasa di kaunter pendaftaran dan mama perlu mencari kad rekod pesakit dalam laci besi tu sekiranya pesakit pernah datang mendapatkan rawatan di klinik itu. Sekiranya pesakit itu baru pertama kali datang, mama perlu mendaftarkannya menggunakan kad baru mengikut jantina pesakit tersebut. Di situ lah mama mengetahui bahawa tulisan paling buruk yang pernah mama lihat adalah tulisan Doktor (#doktor-doktor jangan kecam mama ye). Memula memang jenuh nak paham, siap tulis dengan pensil lagi kat bahagian tepi description ubat untuk pesakit tersebut.

Penat memang penat tapi mama sangat enjoy time tu sekalipun gaji mama masa tuh dalam RM400 sebulan (Isnin – Jumaat sebat 2 shif). Bagi mama gaji banyak tu dah cukup mewah. Dengan wang gaji yang disimpan berdikit-dikit, mama mendaftar diri di Institut J & L untuk kursus komputer Microsoft Office. Alhamdulillah seronok rasanya selepas dapat sijil masa tuh, lebih seronok lagi bila gunakan duit dari hasil titik peluh sendiri. Mak dan arwah ayah masa tuh sangat gembira dan bangga dengan pencapaian mama.

Bagi mama, buat lah perkara-perkara yang anda nak buat yang mana boleh memberi manfaat kepada orang lain & tidak menyusahkan parents anda. Mama juga pernah melalui zaman “MERDEKA” ni. Tapi mama nasihatkan jangan terlalu banyak buang masa, cuba tingkatkan kemahiran anda mungkin dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Who knows that you will be a millionaire leader in future with Spa Shaklee. Only Allah know.

BISNES SPA SHAKLEE

Pada yang sedang mencari-cari peluang menjana pendapatan yang mudah, ringkas dan seronok adalah dengan menjadi Beautician Mobile Spa dibawah The Walking Beauty Project.

The Walking Beauty Project ini merupakan julung-julungnya Bisnes Spa Shaklee. Bisnes Spa ini menggunakan 100% produk Shaklee sebagai bahan Spa.

Eh, Shaklee kan jual vitamin kan? Ada jual produk Spa juga ke? Rata-rata cuma kenal Shaklee hanya jual vitamin. Senyum simpul mama dengar mereka berbicara sesama sendiri. Ye, betol tu Shaklee lebih femes dengan produk vitamin namun ade juga produk lain seperti produk penjagaan rambut, produk penjagaan wajah dan juga produk penjagaan rumah.

Setiap produk yang dikeluarkan oleh Shaklee telah melalui kajian klinikal yang terbukti selamat. Testimoni pengguna Shaklee telah membuktikan bahawa tahap kesihatan mereka lebih baik berbanding sebelumnya. Produk Shaklee ini BUKAN bertujuan untuk MERAWAT atau MENYEMBUHKAN PENYAKIT seperti yang melekat kefahaman anda tentang produk Shaklee ini. Tujuan produk Shaklee ini dicipta adalah untuk membantu menampung keperluan nutrisi dalam tubuh badan kihta. Sekiranya kita dapat nutrisi yang lengkap dalam kehidupan sehari-hari, risiko untuk mendapat penyakit adalah sangat rendah. In sha Allah.

Dalam Bisnes Spa Shaklee ini pula, produk Shaklee digunakan sepenuhnya termasuk suplemen, skincare dan bahan pencuci bagi memastikan kualiti servis Spa lebih baik dan terjamin keselamatan dan kebersihannya.

Dalam “Shida Gojes Mobile Spa” mama juga menggunakan sepenuhnya produk Shaklee kerana kualitinya. Selamat dalaman, selamat luaran. Nak tahu produk suplemen apa yang digunakan dalam Spa Shaklee ni, kenelah register untuk kursus. Nak dengar BOP dulu pun bagus untuk anda. BOP FREE je, tak perlu keluar wang pon.

BISNES MUDAH

Bisnes Mobile Spa ni adalah bisnes mudah. Bagaimana yang dikatakan bisnes mudah?

Bisnes Mobile Spa ini:-

  • MODAL kecil
  • Latihan 100% secara praktikal
  • Konsep training 1 to 1
  • Kursus Spa 5 + 1 course dalam SATU HARGA
  • Memiliki Bisnes Spa atas nama sendiri
  • Memiliki Bisnes Spa tanpa perlu membuat pinjaman kewangan
  • Memberi khidmat Spa terus ke rumah pelanggan
  • Support Group seumur hidup
  • Strategi setup bisnes Spa dengan betul
  • Peralatan Spa (kecuali Sauna)
  • Produk Spa (produk Shaklee)

Mudah bukan? Segalanya telah disediakan, tinggai anda nak jalankan sahaja bisnes mudah ini. Tak perlu nak keluar modal beribu-ribu untuk peralatan Spa lagi selepas tamat latihan.

LAST BUT NOT LEAST

Alhamdulillah Kursus Spa TWB adalah Kursus Spa yang menawarkan 5 + 1 Courses dengan yuran yang sangat berbaloi untuk di rebut. Melalui Kursus Spa TWB ini, ramai wanita telah menjadi Mobile Spa owner dan Beautician terlatih.

Mama mendoakan agar Kursus Spa TWB dapat melahirkan dan membantu wanita-wanita diluar sana untuk menjadi wanita yang berjaya dalam meningkatkan tahap ekonomi keluarga.

Tak zabarr dah nak join family “The Walking Beauty” ? Jom klik link di bawah untuk sesi BOP, FREE je tau!

Setakat ni je dulu entry mama kali ni. Bertemu lagi di entry yang akan datang.

 

Hubungi mama laju-laju:
Salam Sayang dari Mama

Shida Gojes Spa by Shida

TWB Certified Beautician

The Walking Beauty Project

FB: https://www.facebook.com/shida.unni

Email: norarsida@yahoo.com

Whatsapp: http://twbspa.wasap.my/