MODAL MINIMA BUKA SPA

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog mama yang dikasihi.

Alhamdulillah bertemu lagi kita diruangan kupas mengupas. Bukan kupas bawang tau!!

Kali ni mama nak kupas mengenai “modal minima buka Spa”. Mama harap entry kali ini lebih jelas untuk anda yang masih dalam kekaburan berkaitan modal nak buka Spa sendiri ye.

Pastinya ada antara anda yang telahpun jatuh cinta dengan dunia kecantikan. Mungkin ada diantara anda telah melakar atau sedang melakar impian untuk memiliki Spa sendiri bukan? Itu bukanlah suatu perkara mustahil untuk merealisasikannya.

Bermula dari melakar impian dan kemudian merebut peluang untuk bonding diri dalam bidang professional ini adalah suatu langkah bijak dalam memulakan perniagaan perkhidmatan Spa ini. Pasti tertanya-tanya kenapa mama begitu yakin bahawa memiliki Spa sendiri bukan suatu perkara yang mustahil betul tak?

Jom teruskan pembacaan kupasan mama kali ini. Mama harap kupasan kali ini dapat memberi manfaat dan sinar harapan buat anda yang benar-benar mengidam memiliki Spa sendiri dengan budget yang sedia ada di simpan berdikit-dikit. Andalah orang yang mama kagumi kesungguhannya.

TIGA CARA MEMILIKI SPA

  1. MEMILIKI SPA FRANCHISE

Memiliki Spa Franchise iaitu jenama Spa adalah hak milik orang lain, anda hanya perlu menguruskan dan pastinya modal membuka Spa franchise ini memakan modal yang besar dalam lingkungan RM50k ke atas. Ini belum termasuk pembayaran royalty tahunan pula dalam lingkungan 8-10% dari hasil jualan. Dari segi pemasaran pula akan dibantu oleh pemilik Franchisor Spa berkenaan. Segala keputusan akan dibuat oleh Franchisor agar setiap Spa Franchise mematuhi keperluan standard serta syarat-syarat yang ditetapkan. Anda perlu menyiapkan dan mengemukakan kertas kerja untuk kelulusan Franchisor sebelum anda memiliki perniagaan Franchise Spa ini. Namun begitu, anda masih mampu memiliki keuntungan dengan cara ini.

  1. MENGAMBIL ALIH SPA SEDIA ADA

Mengambil alih Spa sedia ada dimana pemilik Spa sedia ada ingin menamatkan perniagaan perkhidmatan Spa atas sebab-sebab tertentu. Disini agak banyak keluar modal dari segi pengurusan untuk pindah milik perniagaan. Pengeluaran modal juga dalam lingkungan RM50k-RM70k. Kemudian anda perlu membuat make over bagi menukarkan peralatan serta suasana Spa yang perlu diberi nafas baru. Sebelum ambil alih Spa ini, anda terlebih dahulu perlu mengambil kira permintaan dan peluang tinggi untuk memiliki pelanggan Spa di kawasan sekitar perniagaan Spa anda. Jangan terus nak take over pulak ye. Keuntungan anda bergantung kepada permintaan servis Spa dan hasil promosi Spa anda.

3. MEMILIKI SPA SENDIRI DENGAN MODAL YANG MINIMA

Haaa cara akhir ni adalah cara yang paling mama teruja nak kupaskan. KENAPA??

KESELESAAN PELANGGAN

Pasti anda sering mendengar mengenai Spa Bergerak atau lebih dikenali dengan Home/Mobile Spa. Spa bergerak ini adalah perkhidmatan Spa dimana pelanggan akan menetapkan lokasi mengikut keselesaan mereka. Contohnya wanita yang kekangan masa untuk melakukan rawatan Spa di pusat Spa pastinya amat mengalu-alukan khidmat Spa bergerak ini untuk datang ke rumah mereka untuk berSpa.

Wanita bekerja yang bergelar ibu juga pastinya lega dengan perkhidmatan Spa Bergerak ini, tak perlu lagi pening kepala memikirkan untuk menghantar anak ke rumah pengasuh. Sambil melakukan Spa dirumah, sambil boleh tengok dan jaga anak. Haaa best tak Spa Bergerak ni.

Spa bergerak ni tak perlu premis seperti cara 1 dan ke-2 di atas. Risiko kerugian juga tiada. Keuntungan dapat hari-hari atas kerajinan anda.

 FLEKSIBEL

Lebih seronok lagi apabila pakej perkhidmatan Spa bergerak ini sangat fleksibel dan tak perlu bergantung pada waktu operasi seperti bisnes Spa yang mempunyai premis. Lebih seronok lagi apabila bisnes Spa bergerak ini dapat dikongsi bersama terutama semasa kenduri kendara, family day, pulang ke kampong halaman dan semasa bercuti tau. Aktiviti Spa ni berjangkit tau. Macam virus pulak. Tak pe jangan takut sebab ni virus buncitkan poket anda. hehehe

SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA

Bisnes Spa Bergerak ni, anda boleh buat secara sambilan mahupun sepenuh masa. Anda hanya perlu memperuntukkan 1-2 jam bagi setiap customer. Hanya dengan peruntukan masa tersebut anda mampu meraih pendapatan RM60 – RM100 untuk setiap customer.

KEUNTUNGAN LEBIH BESAR

Keuntungan yang anda peroleh dari bisnes Spa Bergerak ini juga lebih besar memandangkan anda tak perlu menyewa premis, tak perlu menggaji pekerja, tak perlu juga membayar kos utility yang tinggi.

 

TWB- The Walking Beauty

Memandangkan bisnes perkhimatan Spa Bergerak iaitu Spa tanpa kedai ini adalah antara TOP 5 perniagaan viral masa kini. TWB merupakan platform untuk anda merealisasikan impian anda untuk memiliki Spa Bergerak sendiri. TWB juga menawarkan anda modal yang sangat minima yang anda keluarkan bagi memulakan perniagaan Spa tanpa kedai ini.

Kursus Spa Bergerak tanpa kedai TWB ini juga adalah kursus termurah yang menawarkan bukan satu kursus sahaja tapi LIMA kursus yang akan anda pelajari. Selain itu, anda juga dapat mempelajari satu lagi ilmu ADVANCE iaitu kursus cara untuk setup perniagaan Spa Bergerak anda. Nampak tak VALUE yang TWB tawarkan untuk anda?

Hanya dengan yuran kursus RM1,999.00, anda akan memperoleh:-

Ha senyum sampai telinga kan tengok apa yang akan anda peroleh selepas tamat Kursus Spa Bergerak dengan TWB ni kan. Yang dah ada modal tuh, jom terjah wassap mama untuk booking slot kursus anda. Jangan tak tau, kursus ini bukan sahaja di jalankan di area Lembah Klang sahaja malahan juga di negeri-negeri lain seperti Melaka, Johor, Perlis, Pahang dan negeri lain juga . Tok sah pening kepala yang jauh-jauh tu nak turun KL untuk berkursus. Certified Trainer TWB yang awesome ni sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda untuk bersama-sama berjaya dalam bisnes Spa ini.

Dengan harga RM1,99.00 adalah sangat berbaloi untuk anda rebut. Kalau belajar kat luar, Kursus Facial Spa sahaja dah mencecah RM400-RM500. Tu belum Kursus Hand & Foot Spa yang rata-rata mencecah RM200-RM300. Ade kursus Spa tidak menawarkan produk dan peralatan Spa pun. Lebih sedih lagi, dah menjalani Kursus Spa beribu ringgit Malaysia tapi masih stuck untuk mulakan bisnes Spa, macam mana nak setup bisnes, macam mana nak setup harga, macam mana nak buat promosi. Tapi tak perlu risau, dengan join pakej kursus Spa Bergerak yang TWB offer ni, anda boleh dapat semua tu hanya dalam satu harga sahaja.

LAST BUT NOT LEAST

TWB membuka peluang niaga kepada mereka yang berminat dengan dunia kecantikan untuk menjadi agen Spa.

Agen Spa diperlukan di seluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan Spa di kawasan mereka.

Dengan modal minima yang TWB tawarkan sebanyak RM1,999.00, anda mampu memiliki Spa atas nama sendiri dan anda diiktiraf sebagai Beautician terlatih bersijil TWB selepas anda menamatkan latihan Spa. Inilah yang mama katakan di awal kupasan tadi bahawa tak mustahil untuk anda memiliki Spa sendiri dengan modal yang tak sampai RM2,000.00 pun. haa jelas bukan?

 

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri berikut dan serius untuk menjadi Agen Spa TWB:-

  • Wanita
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Berminat dalam bidang kecantikan
  • Ingin memiliki Spa sendiri
  • Serius untuk menambah side income/duit poket
  • Graduan yang sedang menganggur/sedang mencari pekerjaan
  • Suri rumah

Sila lembutkan jemari anda untuk wassap mama ye. Wink wink

Sekian dahulu entry mama kali ini. Bertemu lagi kita di entry yang akan datang.

 

Salam Sayang dari Mama

Shida Gojes Spa by Shida

TWB Certified Beautician

The Walking Beauty Project

FB: https://www.facebook.com/shida.unni

Email: norarsida@yahoo.com

Whatsapp: http://twbspa.wasap.my/