Assalamu’alaikum dan salam ceria buat pembaca blog mama sekalian. Kali ini mama nak share mengenai Pakej Berpantang TWB dan kenapa Cik Puan perlu memilih Pakej Berpantang TWB sebagai Pakej Berpantang terbaik dan sangat berpatutan. Cik Puan yang sedang hamil dan masih mencari kelebihan-kelebihan Pakej Berpantang yang dalam bajet Cik Puan boleh teruskan bacaan ye. Buat pembaca blog mama yang di sayangi boleh juga share info ini buat kawan-kawan yang sedang mencari Pakej Berpantang TWB ini.

Jom mama review di sini 10 sebab kenapa Cik Puan perlu memilih Pakej Berpantang TWB :

1.CONFINEMENT LADY YANG BERTAULIAH DAN BERPENGALAMAN

Dalam Pakej Berpantang yang disediakan oleh TWB ini, semua Confinement Lady TWB adalah CL yang bertauliah dan berpengalaman. Guru yang mengajar kami juga mempunyai pengalaman dalam urutan dan penjagaan berpantang ini lebih dari 10 tahun tau. Banyak petua dan nasihat yang diberikan kepada kami dalam memberikan servis terbaik kepada Cik Puan dan juga si manja.

2.PRODUK DIJAMIN SELAMAT DAN BERKESAN

Dalam Pakej Berpantang TWB ini, produk yang akan dibekalkan buat Cik Puan semasa berpantang adalah dijamin selamat dan berkesan dan proses pemulihan luka bersalin. Set Berpantang dan Set Menyusu yang CL TWB bekalkan adalah keluaran Shaklee.

Setiap produk yang disyorkan adalah yang paling sesuai buat Cik Puan yang sedang berpantang. Maklumlah lepas bersalin ni tubuh badan kita penat dan lemah sebab dah banyak kehilangan tenaga juga darah. CL kami bertanggungjawab dalam memberikan penerangan terperinci tentang khasiat setiap produk Shaklee yang Cik Puan makan. Sambil makan sambil tambah ilmu tentang nutrisi dan keperluan nutrisi yang cukup buat Cik Puan dan si manja nanti. Si manja membesar dengan sihat hasil dari bekalan susu badan yang tinggi khasiat dari Cik Puan.

Bukan produk dalaman sahaja yang kami bekalkan selamat untuk Cik Puan malahan juga produk untuk kegunaan luaran juga selamat digunakan dan tidak mendatangkan mudarat kerana bahan-bahan yang digunakan adalah dari rempah ratus.

3.PAKEJ BERPANTANG TWB KOMBINASI TRADISIONAL DAN JUGA MODEN

Lebih menarik lagi dalam Pakej Berpantang TWB ini mengamalkan teknik berpantang secara tradisi dan moden. Penjagaan Berpantang secara tradisi seperti berurut, berbengkung, bertungku, mandi herba, param/pilis, bertangas digabungkan dengan kaedah tambahan yang lebih moden seperti facial, urut lulur, sauna dan mandian aura. Penjagaan si manja jua seperti mandian, berbedung, tuam bayi dan bercukur.

4.PAKEJ BERPANTANG TWB BERSALIN NORMAL DAN CEASEREAN

Pastinya Cik Puan mencari dengan lebih teliti lagi perkhidmatan CL dan Pakej Berpantang yang menawarkan penjagaan Cik Puan yang bersalin normal dan secara ceaserean. Pakej Berpantang TWB menyediakan perkhidmatan penjagaan berpantang bagi yang bersalin secara normal mahupun Caeserean. Ada beza ye Cik Puan penjagaan berpantang yang bersalin Caesarean terutama dari segi urutan, berbengkung, bertungku dan menu pemakanan.

5.SISTEM PERKHIDMATAN PAKEJ BERPANTANG TWB YANG TERATUR

Ya Cik Puan, bagi menempah Pakej Berpantang TWB kami ini bukan sahaja bayaran deposit nya mudah dilakukan malahan juga jika yang berkehendak Pakej Berpantang TWB ini boleh membuat bayaran secara ansuran. Setiap bayaran akan direkodkan dan Cik Puan akan diberi notifikasi yang CL kami jumlah deposit, jumlah pembayaran dan baki pembayaran.

Selain itu juga mengenai jadual pemakanan vitamin Shaklee juga akan CL kami pantau mengikut keadaan Cik Puan. Perkembangan sihat si manja juga akan kami pantau dengan sebaiknya bagi memudahkan Cik Puan.

Servis penjagaan berpantang TWB fleksibel untuk beberapa situasi yang tak dijangka namun CL kami akan menjalankan sepenuhnya rawatan yang ditawarkan. Contohnya ada tetamu yang datang melawat dan ketika waktu itu Cik Puan perlu mandi atau berurut, CL akan adjust masa dan rawatan yang sesuai ketika itu bagi menjaga keselesaan Cik Puan.

6.PERKHIDMATAN PAKEJ BERPANTANG TWB HARIAN

Ya Cik Puan, Pakej Berpantang TWB ini adalah secara harian BUKAN secara stay-in umumnya. Kami menghormati pilihan Cik Puan dimana inginkan perkhidmatan pakej berpantang secara harian  kerana suami cik puan telah bersedia menjaga Cik Puan dan si manja di malam hari. Kami faham situasi di mana ada antara suami Cik Puan yang kurang selesa. Keselesaan Cik Puan adalah keutamaan kami.

7.PENUTUP PANTANG YANG MENYEGARKAN

Ya Cik Puan, Penutup Pantang dijalankan selepas tamat tempoh berpantang 44 hari. Yang menariknya Cik Puan akan merasakan kesegaran tubuh badan dan memperoleh kulit yang cerah serta halus dengan servis penutup pantang dari Certified CL kami. Antara rawatan penutup pantang yang dijalankan ialah facial bagi menyegarkan wajah yang kusam dan pucat di samping melancarkan perjalanan darah di seluruh wajah, urut lulur bagi membuat kulit mati dan membersihkan ruang-ruang celah yang gelap, sauna bagi mengeluarkan toksin dalam badan dan membuatkan tubuh badan Cik Puan lebih ringan dan segar. Wow!!

8.CONFINEMENT LADY TWB BERADA DISELURUH NEGERI

Jangan bimbang Cik Puan kerana Certified CL TWB kami berada di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Sedikit charge pengangkutan akan dikenakan kepada Cik Puan sekiranya kawasan tempat tinggal Cik Puan diluar kawasan liputan Certified CL TWB kami.

9.HARGA PAKEJ YANG BERPATUTAN DAN MAMPU MILIK

Rata-Rata Cik Puan yang tengah survey Pakej Berpantang ini selain memastikan CL diiktiraf dan berpengalaman, pastinya soal harga Pakej Berpantang juga menjadi perkiraan. Jangan risau Cik Puan, harga Pakej Berpantang TWB ini mampu milik dan sangat jimat. Tatkala mengetahui diri sudah berbadan dua, pelbagai persiapan perlu di buat dan banyak wang dibelanjakan demi menyambut kehadiran permata hati ke dunia ini. Penjagaan berpantang Cik Puan dibuat sehabis baik dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang.

10.PILIH, RASA DAN BANTU

Cik Puan dah membuat keputusan memilih Pakej Berpantang TWB dengan Certified CL kami? Kini tiba masa untuk Cik Puan dan si manja merasai layanan mesra dari CL TWB disamping itu juga Cik Puan sedang membantu. Ya Cik Puan, tak salah lagi Cik Puan sedang membantu CL TWB yang terdiri dari golongan ibu tunggal dan para isteri yang berusaha meringankan beban suami.

 

Bukan sahaja Pakej Berpantang TWB ini menarik malahan juga mampu milik serta Cik Puan juga secara sihat dapat transform diri kepada lebih segar, bertenaga dan ceria.

Kerana dirimu begitu bernilai bak permata

 

Nak dapatkan Pakej Berpantang TWB dengan Certified CL kami yang mesra dan komited dalam setiap rawatan berpantang ini?

Cik Puan boleh menghungi mama di talian seperti yang tertera di bawah ye.

Sekian dari mama.
Salam Sayang dari mama,

Shida Gojes Spa

Shaklee Independent Distributor

ID: 1282548

Email: norarsida@gmail.com

Whatsapp: http://www.wasap.my/60143237990