SKINCARE YOUTH SHAKLEE YOUNGER LONGER VIRAL

Salam Mesra dari mama buat anda yang sudi melawat blog mama. Semoga anda gembira selalu hendaknya. Akhir-akhir ini fenomena skincare terbaru dari Shaklee cukup menyesakkan dada SID (Shaklee Independent Distributor). Bayangkan pada Mac yang lalu, baru je 3 hari skincare Shaklee tu berada di Malaysia tapi dah OOS (Out Of Stock). Berhantu memang berhantu. Viral memang viral. Youth adalah skincare Shaklee yang baru untuk menggantikan skincare Shaklee sebelum ni Nutriwhite & Enfuselle.

Youth Shaklee

Produk penjagaan kulit baru dari shaklee ini direka istimewa untuk memastikan orang melihat kulit wajah kita secantik dan sesihat yang diharapkan.

Macama mana caranya?

Shaklee youth membantu dalam mempercepatkan proses penghasilan semula sel-sel kulit baru supaya kulit muka kita kelihatan lebih muda. Youth janjikan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar tau. Mama pun terjebak sudah..hahahaha

Shaklee Youth menjanjikan kulit yang lebih cantik dan ploles secara dramatik macam artis kat drama korea tu. Mentang-mentang la mama ni peminat drama Korea. Ni pun sambil buat entry mama tengok drama Korea “Switch-Change The World (versi ulangan). Kalau nak tengok time sebenar drama ni di siarkan memang tak la kan kalau anda ada anak.

Youth Shaklee ini merupakan kombinasi teknologi pembuatan Nutriwhihte dan Enfuselle dan telah dinaik tarafkan bagi melambatkan proses penuaan terhadap kulit. Bukan teknologi sahaja ye malahan juga pemilihan bahan utama untuk pembuatan Youth ni juga dilakukan dengan lebih teliti.

YOUTH SHAKLEE DAN 5 BAHAN BOTANI

Dalam Youth Shaklee terkandung 5 bahan botani yang natural dan menjadikan Youth lebih VIRAL dari segi testimoni dan mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Jomm mama listkan dan beri sedikit penerangan untuk setiap bahan utama yang terkandung dalam Youth Shaklee ini:-

  1. APPLE STEM CELL

Mempercepatkan penghasilan sel kulit yang baru

  1. SCHISANDRA CHINENSIS

Meningkatkan pergerakan zat dan nutrient kepada kulit

  1. LOTUS JAPONICUS

Meningkatkan pembentukan kolagen dan elastin pada kulit.

  1. MUSCADINE GRAPE

Melindungi DNA Kulit dari kerosakan akibat sinara UVA dan UVB. Selain itu, Muscadine Grape ini juga merupakan bahan utama dalam Vivix.

  1. VITAL REPAIR COMPLEX PLANTS

Melindungi kulit dari kerosakan akibat pencemaran dan radikal bebas

Dengan menggunakan teknologi yang telah patentkan yang berupaya untuk mengaktifkan protein penting untuk kemudaan

Dan membuatkan protein ini menjana semula sel-sel kulit menghasilkan lebih banyak kolagen & elastin yang membantu kulit kita bertindak lebih muda.

Set kecantikan kulit Shaklee YOUTH ini akan menjadikan kita muda lebih lama

100% bahan dari tumbuhan, bebas kekejaman terhadap haiwan, bebas gluten

Dan selamat daripada lebih 2,500 bahan kimia berbahaya & ramuan yang dipersoalkan, yang telah ditunjukkan dari ujian Klinikal

Tampil lebih muda luar & dalam dengan Set Skincare Youth Shaklee.

 

YOUTH SKINCARE SHAKLEE

Set ini terdiri daripada 6 produk berikut:-

1. Luminous Gel Oil Cleanser

Pembersih pH seimbang TANPA Sabun 3-dalam-1, pembersih ini memcuci lembut, membersihkan & serta menanggalkan sel kulit mati secara lembut. Best tau Cleanser ni sebab ianya boleh exfoliate tanpa merengsakan kulit wajah mama yang sensitif ni. Gabungan gel dan oil membantu kulit wajah untuk remainkan kelembapan kulit.

Bahan Utama: Vital Repair+, Muscadine Grape Extract, Exfoliating Green Algae Complex

Kandungan: 125ml
Youth Luminous Gel Oil Cleanser

2. Perfecting Skin Toner

Selepas kulit wajah dan bersih dengan Luminous Gel Oil Cleanser, kita ke step kedua iaitu menggunakan Perfecting Skin Toner. Sangat perfect!! Sebab apa?

Sebabnya setelah Cleanser mengeluarkan dan menanggalkan sebum berlebihan dan kulit mati, toner ni pula memberi nafas baru terhadap kulit wajah. Alah fefeeling macam baru lepas makan chewing gum mint flavour tu? Bersifat sejuk yang mampu menghidratkan kulit agar dapat menyerap nutrisi dari salah satu bahan utamanya Muscadine Grape Extract.

Bahan Utama: Vital Repair+, Muscadine Grape Extract, Rejuvenating Green Algae Complex

Kandungan: 177ml
Youth Perfecting Skin Toner

3. Youth Activating Serum

Serum ini mesti ada dalam senarai wajib skincare kita kerana ia mempunyai 10x GANDA bahan aktif untuk memperbaharui kulit pada peringkat sel.

Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & menjadikan sel-sel kulit berfungsi lebih muda dan usia kulit menjadi lebih remaja dari usia kita. Terbit rasa syukur di hati mama ni tatkala ada yang mengatakan mama lebih muda dari usia (mood berangan onn ala-ala Fattzura) hahaha.

Bahan Utama: Youth Complex with Apple Cell, Lotus Japonicus, Encapsulated Vitamin A

Kandungan: 30ml

Youth Activating Serum

4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50

Krim pelembap ini menghasilkan perlindungan kulit dari sinaran UVA / UVB dan matahari.

Wow. Perlindungan 2 dalam 1

Bahan Utama: SPF 50, Vital Repair+ Complex, Muscadine Grape Extract

Kandungan: 50ml

Youth Age Defence Moisturizer SPF 50

5. Advanced Renewal Night Cream (Light)

Dulu dalam set nutriwhite

Ada krim malam yang hampir sama fungsinya. Krim malam YOUTH yang baru ini menghidrat & melembutkan kulit kita hingga jauh ke dalam kulit.

Dan menyokong proses pembaharuan sel kulit semasa kita tidur selain membantu penghasilan kolagen & elastin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin, cerah dan berseri bak bidadari.

Dan lebih bercahaya blink blink.

Bahan Utama: Vital Repair+ Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

Kandungan: 50ml

Youth Night Cream Light

6. Radiance C + E Capsules

Vitamin C 20% tulen, Vitamin E dan juga  Extract sel raspberi membantu memulihkan kulit menjadi lebih sihat dengan mengurangkan bintik-bintik pada kulit di sebabkan penuaan. Inilah nawaitu utama mama bersahabat dengan Youth Shaklee agar kulit mama lebih sihat.

Ini juga membantu dalam memulihkan tekstur kulit, mencerahkan warna kulit, merawat tona kulit secara keseluruhan dan membantu dalam melambatkan proses penuaan.

Kapsul emas ini adalah berasaskan tumbuhan, 100% terbiodegradable & tiada bahan pengawet.

Gunakan tanpa was was.

Bahan Utama: 20% Pure Vitamin C, Vitamin E, Raspberi

Kandungan: 60 kapsul

Youth Radiance C+E

Set Shaklee YOUTH ni ada kajian penyelidikan klinikal & saintifik ke?. Mestilah ada kannz

Betul ke wanita yang memakai Shaklee YOUTH akan kelihatan lebih muda? 

 

Dibangunkan oleh ahli kulit kelas dunia, Skin Age Index digunakan untuk menentukan usia sebenar kulit kita. Semua produk Shaklee akan melalui kajian terperinci. Bukan kajian biasa tau TAPI pakar-pakar kelas dunia yang Shaklee ambil untuk buat kajian ni.

Satu cara untuk pakar ini mengukur keremajaan kulit kita ialah dengan menggunakan Skin Age Index. Ini dilakukan dengan mengukur tanda-tanda penuaan utama termasuk:

  • kedutan
  • tona kulit
  • ketegangan 
  • dan tekstur kulit. 

Ini memberikan maklumat secara klinikal untuk membuktikan Shaklee YOUTH memberi kesan keremajaan pada penampilan & usia kulit.

Kajian telah dibuat untuk mengukur umur kulit sekumpulan wanita berbeza peringkat umur dan kemudian memberi mereka mencuba Shaklee YOUTH.

APA YANG BERLAKU?

Jeng jeng jeng!!!

 

Skin age index wanita ini di ukur sekali lagi. Amazingly hasil kajian telah menunjukkan bahawa:

  1. 100% atau kesemua wanita yang menggunakan Shaklee Youth TERBUKTI melalui ujian klinikal, mempunyai kulit lebih muda
  2. Dan 2/3 daripada wanita yang menggunakan Shaklee YOUTH mempunyai usia kulit 10 TAHUN LEBIH MUDA

 

WAUU!!

BERAPA HARGANYA??

Youth Shaklee_mamagojes

 

 DISKAUN 20% (JIMAT RM267.00)

 BONUS tunai (RM48.00)

 FREE Shaklee Membership (JIMAT RM68.90) 

 FREE Radiance C&E (JIMAT RM437.25)

 FREE Postage (JIMAT RM10.60)

JUMLAH PENJIMATAN = RM831.75

Nak menikmati pembelian dengan PENJIMATAN sebanyak RM831.75?

Anda boleh klik link di bawah ni ye.

 

Salam Sayang dari Mama

Shida Gojes Spa by Shida

TWB Certified Beautician

The Walking Beauty Project

Shaklee Independent Distributor

ID: 1282548

FB: https://www.facebook.com/shida.unni

Email: norarsida@yahoo.com

Whatsapp: http://shidal2b.wasap.my/60143237990