Assalamu’alaikum dan salam ceria buat pengunjung blog mamagojes.com sekalian. Mama harap korang semua sihat dan cergas selalu ye. Entry kali ini mama nak share mengenai urut lulur yang mampu mencerahkan kulit. Urut Lulur juga dapat membuang kulit mati yang lama bermastautin di tubuh badan korang. Haa menarik kan entry kali ini. 🙂

APA URUT LULUR

Lulur Alfalfa Complex Shaklee

 

Melulur badan adalah proses perawatan tradisional untuk mencantikkan kulit, juga membantu menanggalkan sel kulit mati & daki degil di celah pelipat tubuh. Urut lulur adalah kombinasi urutan menenangkan dan juga melulur.

Urut lulur ini bukan sahaja sesuai buat si ibu yang berpantang malahan juga sesuai buat semua wanita diluar sana. Best sangat urut lulur ni. Hilang rasa tegang-tegang urat. Maklumlah bila semua wanita menjadi super woman kadangkala perlu juga manjakan tubuh badan agar lebih rasa ringan dan segar bugar bak mawar berkembang setaman.

Urut Lulur ini bukan lah terhad kepada ibu yang berpantang sahaja bahkan juga sangat digalakkan buat Cik Puan yang bekerja serta yang ber’title’ Pengurus Rumah.

Fitrah seorang wanita sememangnya suka kepada kecantikan.

 

MANFAAT URUT LULUR

Urut Lulur Badan

 

Urut Lulur Tangan dan Kaki

 

 

Manfaat Urut Lulur ni sebenarnya banyak sangat, jadi nya mam list kan sebahagian darinya seperti di bawah:-

  • Menghaluskan tekstur kulit
  • Menjadikan kulit gebu
  • Meratakan warna kulit
  • Memudarkan parut nipis
  • Mengurangkan masalah selulit
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Menanggalkan daki degil di celah pelipat tubuh
  • Mengurangkan masalah jerawat badan
  • Memelihara keanjalan kulit (tidak cepat kedut)
  • Mengurangkan rasa letih & lesu
  • Terapi membelai tubuh
  • Mengimbangi pengeluaran sebum/minyak berlebihan

 

Selamat tinggal kulit kusam, selamat jalan daki dan kotoran.

 

Mama faham buat Cik Puan diluar sana terutama yang telah melahirkan anak pasti ingin tampil menarik, cantik dan halus mulus di hadapan encik suami kan. Apa kata Cik Puan sekalian mendapatkan servis CL (Confinement Lady) serta penjagaan berpantang dan bersalin TWB kerana pastinya Cik Puan sekalian rasa bagaikan di Pusat Spa lima bintang sewaktu berbulan madu dahulu. Oh indahnya, kulit digosok,diurut dan diserikan dengan servis facial (untuk wajah) dan Urut Lulur (untuk tubuh badan).

Maklumlah penat bersalin masih belum hilang lagi, dengan urut lulur ni dapat juga Cik Puan menghilangkan rasa letih tersebut. Mendapatkan kulit tubuh badan yang halus dan cerah adalah impian setiap wanita yang bergelar “ibu”. Saat berpantang adalah saat “me time” buat Cik Puan yang bergelar ibu.

 

5 KEBAIKAN URUT LULUR SELEPAS BERPANTANG TWB

# MEMBERIKAN KESEGARAN

Urut Lulur dapat membantu pori-pori pada kulit untuk mendapatkan rangsangan positif. Dengan ini kulit dapat bernafas. Semasa berpantang, pastinya kulit kita nampak letih dan kusam. Oleh itu, urut lulur dapat membantu si ibu merasakan badan lebih ringan dari sebelumnya dan kulit lebih halus. Selain itu juga,  tubuh badan si ibu akan nampak lebih cerah dan bermaya semula.

# AWET MUDA

Seperti yang kita tahu, fungsi utama lulur adalah membantu pengelupasan kulit mati. Kulit baru yang lebih anjal dan sihat akan menjadikan penampilan kita tampak lebih awet muda.

Maka, tidak hairanlah lulur ini telah diamalkan oleh golongan atasan sejak berzaman lamanya. Jadi, teruskanlah amalan berlulur ini walaupun selepas tamat tempoh berpantang nanti.

# MENCERAHKAN KULIT

Sesetengah wanita mengalami banyak masalah kulit seperti ketiak hitam akibat perubahan hormone semasa tempoh hamil. Seiring dengan proses terhasilnya sel kulit yang baru, daki-daki akan menghilang dan khasiat bahan lulur yang digunakan juga akan diserap oleh tubuh.

Secara tidak langsung, khasiat semulajadi daripada bahan-bahan tersebut membantu tubuh bertambah cerah dan mendapat tona yang sekata. Bahkan, tampak lebih berseri setiap hari.

# KULIT LEBIH HALUS

Akibat perubahan hormon, kulit wanita terasa kering, kasar dan kusam. Hal ini boleh berlarutan sehinggalah beberapa bulan selepas tempoh bersalin. Dengan urut lulur, bahagian kulit yang tidak sihat boleh digantikan dengan sel kulit yang baru.

Selepas berpantang juga, amalan urut lulur ini sebaiknya diteruskan. Apabila dimakan usia, kulit akan mula kendur dan berkedut. Penggunaan lulur secara rutin setiap dua kali seminggu dapat menghindarkan masalah ini.

# OTOT TUBUH LEBIH RELAKS

Kebaikan urut lulur yang seterusnya adalah terhadap psikologi – di mana aroma semulajadi bahan lulur yang digunakan mampu merangsang suasana yang tenang dan relaks.

Dalam tempoh berpantang, urutan lulur dapat bertindak sebagai urutan dan gosokan lembut pada tubuh yang akan membuatkan otot badan menjadi lebih relaks.

 

 

KURSUS PENJAGAAN BERPANTANG DAN BERSALIN TWB

Untuk Cik Puan yang berminat mempelajari ilmu penjagaan berpantang dan bersalin boleh mendaftar diri dengan mama. Dalam Pakej Kursus Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB, Cik Puan akan belajar mengenai urut lulur ni. Bukan itu sahaja, bagi pengambilan Pakej penuh Kursus Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB juga termasuk kursus rawatan Spa untuk si ibu mendapatkan kulit wajah halus, cerah dan segar.

   Kursus Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB

 

Dalam Pakej Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin TWB menawarkan Cik Puan mempelajari rawatan-rawatan berpantang seperti di bawah:-

  1. Urutan Tradisional
  2. Rawatan Selepas Bersalin
  3. Cara Bertungku
  4. Cara rawatan Sengkak
  5. Cara Bertangas kering dan bertangas basah
  6. Spa dan rawatan untuk si manja
  7. Cara pembuatan jamu dan param
  8. Demo dan praktis
  9. Ilmu Nutrisi bagi Set Berpantang dan Bersalin

 

 

Bukan itu sahaja ye Cik Puan.

 

Selepas menjalani Kursus Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB ini, Cik Puan akan menerima:-

 

  • Sijil Penyertaan
  • Bimbingan Support Group
  • Kitab Harga untuk Pakej Berpantang
  • Modules untuk rujukan Cik Puan mengenai rawatan penjagaan berpantang dan bersalin TWB.

 

HARGA KURSUS PENJAGAAN BERPANTANG DAN BERSALIN TWB

Berapa harga yuran Kursus Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB ni ye? Yuran kursus ini hanya RM899.00.

 

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI KURSUS PENJAGAAN BERPANTANG DAN BERSALIN TWB?

Cik Puan perlu mendaftar Pakej Kursus Spa Bergerak Tanpa Kedai dengan yuran penyertaan RM1,999.00. Selepas tamat Kursus Spa, Cik Puan boleh upgrade skill dan menyertai Kursus Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB dengan fee RM899.00 sahaja.

 

Kursus Spa dan Kursus Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB ini merupakan kombinasi kursus yang sangat ohsem. Sebab apa tau tak? Sebab bila Cik Puan tamat Kursus Combo ini, Cik Puan adalah Certified CL & Beautician TWB.

Ohsem kan.

Boleh buat servis penjagaan berpantang dan spa sekali.

 

OH YE!!!

Harga Kursus Spa TWB RM1,999.00 di tawarkan SEHINGGA OKTOBER 2018 sahaja. Mulai NOVEMBER, harga Kursus Spa TWB di naikkan kepada RM2,999.00.

 

Apa tunggu lagi. Peluang meraih pendapatan kini di depan mata. Nak grab peluang ini? Jangan lupa roger mama ye.

 

Salam Sayang dari mama,

Shida Gojes Spa

Shaklee Independent Distributor

ID: 1282548

Email: norarsida@gmail.com

Whatsapp: http://www.wasap.my/60143237990