Assalamu’alaikum dan salam ceria buat korang yang sudi mengunjungi blog mama ni. Bila dah terjebak dalam bisnes projek memikat suami dan terpaksa cantik ni, mama memang seronok nak share lagi dengan korang HOW Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB ni. Apa yang Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB ni? Haaa ini kali lah mama nak share ngan korang. Facial ni adalah salah satu dari 5 courses yang akan di ajarkan pada korang yang join Kursus Spa Bergerak TWB tau. Jangan meleleh air hidung tu baca sharing mama ni..hahahaha

Okay korang yang suke gila baca blog mama ni pasti perasan kan mama dok share ngan korang tentang Projek TWB. Dalam entry blog mama yang lalu, mama dok ulang tulih pasal TWB, pasal Spa Shaklee, pasal Kursus TWB yang super murah dan trending, pasal kelebihan bisnes Spa dengan team TWB. Kini mama nak share Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB ini. Jomm teruskan bacaan korang..wink..wink

 

5 PUNCA HEBATNYA FACIAL DENGAN TEAM SPA TWB

  1. PRODUK YANG SELAMAT DAN KLINIKAL PROVEN
  2. TEKNIK FACIAL YANG SIMPLE TAPI MEMBERIKAN KESAN GEMPAK
  3. JIMAT MASA DAN TENAGA
  4. HARGA SERVIS SPA BERPATUTAN
  5. KESAN PADA WAJAH YANG AMAT MENGAGUMKAN

 

PRODUK YANG SELAMAT DAN KLINIKAL PROVEN

Dalam perkhidmatan Spa TWB, beautician-beautician Spa diwajibkan menggunakan produk dari Shaklee. Kan mama bilang pada entry yang lepas bahawasanya Spa TWB adalah Spa Shaklee. Maka dengan itu produk skincare yang digunakan adalah dari Shaklee juga. hahaha macam versi Indonesia plak.

Produk skincare yang tengah viral sekarang ni iaitu YOUTH yang mampu memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan kulit wajah dan juga mengurangkan garis-garis penuaan yang terpancar jelas di wajah korang. Apa kelebihan guna produk YOUTH Shaklee ni?

  1. Luminous Gel Oil Cleanser – Pembersih wajah yang mempunyai pH seimbang dan tanpa sabun mampu membersihkan kulit wajah dengan mendalam tanpa merengsa. Korang akan rasa lembut je kulit muka tu, tak de tegang-tegang @ kering macam pembersih wajah di luar sana.
  2. Perfecting Skin Toner – Mampu meninggalkan rasa segar pada wajah selain mengandungi agen yang menghidratkan kulit wajah agar lebih glowing giteww selain dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati.
  3. Youth Activating Serum – Mampu bertindak hingga ke tahap sel untuk menjana sel kulit wajah yang baru dan menjadikan kulit kita lebih berseri dan nampak lebih muda.
  4. Age Defense Moisturizer SPF 50 – Moisturizer ni sangat penting untuk kulit wajah kita bagi melindungi dari sinaran UV dan cahaya matahari yang boleh membinasakan sel kulit kita.
  5. Advance Renewal Night Cream-Light – Night Cream ni mengandungi anti oksida bagi menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur. Time kita tidur pun Youth tetap bekerja membaikpulih sel kulit kita. Tam Spa TWB akan menggunakan krim malam ini apabila menjalankan Servis Facial Spa di malam hari sahaja.
  6. Radiance C + E – Haa Kapsul emas ni mahal tau. Sarung kapsul je pun Shaklee hantar ke Paris untuk mendapatkan sarung kapsul yang mampu menyimpan 20% pure vitamin C tanpa merosakkan kualiti Vitamin C di dalamnya. Kapsul emas ni adalah tambahan dalam Servis Spa yang dilakukan oleh Team Spa TWB. Additional Kapsul emas ini dalam servis Spa di malam hari sahaja.

 

Shaklee develop Skin Age Index sebagai cara mengukur tahap umur kulit wajah seperti tahap kedutan, saiz liang roma, tona kulit, tekstur kulit, tahap pigmentasi dan tahap kekenduran kulit wajah.

Kerana ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee selama 8 tahun inilah, team TWB memang suka sangat dengan produk ni. Kastemer apatah lagi la senyum sampai ke telinga.

Selain dari YOUTH Skincare ini, Produk untuk scrub dan masker juga Team Spa TWB gunakan hanya yang selamat dan boleh di makan. Haaa macam mane plak tu? Kalau pergi kat Pusat Spa pun semua produk yang digunakan semasa facial tidak boleh dimakan ye. So, jangan plak korang set appointment kat pusat Spa then mintak pulak scrub dan masker depa untuk korang test makan yer. Tu cari nahas namanya. Hahaha

Mama harap korang bukan dari golongan di atas ye. So, rasa dah Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB? Baru baca entry mama je korang dah rasa hebat kan.

TEKNIK FACIAL YANG SIMPLE TAPI MEMBERIKAN KESAN YANG GEMPAK

Teknik facial yang Team Spa TWB apply kat semua kastemer sangat simple tapi masih mengikut SOP dan turutan teknik facial seperti di pusat-pusat Spa terkemuka. Teknik Facial yang simple tapi gempak dari Team Spa TWB mampu membuatkan wajah korang lebih cerah, lebih bersih, lebih lifting tanpa menggunakan peralatan canggih bernilai ribuan ringgit.

Kalau dah ada Servis Facial yang sama seperti di Pusat Spa Terkemuka, kenapa korang perlu bayar lebih. Banyak wang korang dapat dijimatkan apabila korang bertukar ke Perkhimatan Facial Dengan Team Spa TWB.

JIMAT MASA DAN TENAGA

Bila dengar jer perkataan JIMAT, mata mama pun mula memancarkan kilauan hati bunga-bunga. Almaklumlah, sekarang taraf hidup semakin tinggi tapi tetap nak kelihatan cantik, bersih dan berkeyakinan kan. So, memandangkan Team Spa TWB ni merupakan Home/Mobile Spa..memang kene sangatlah ngan korang yang tetap nak maintain cantik di samping dapat menjimatkan masa dan tenaga:

  • TAK PERLU KELUAR RUMAH
  • TAK PERLU BERHADAPAN DENGAN MASALAH TRAFIK
  • TAK PERLU HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH
  • TAK PERLU MENGHABISKAN MASA BERPUSING MENCARI PARKING

. Call/Wassap je Team Spa TWB, kami yang bergerak datang ke rumah korang. love sangat part ni. PENJIMATAN BERGANDA. Sape tak rebut, korang memang rugi sangat tau.

HARGA SERVIS SPA YANG BERPATUTAN

Fuhhh korang mesti ingat @ dah buat assumption bahawa bila pakai Produk Skincare yang POWER, harga perkhidmatan facial Team Spa TWB mesti mahal kan?

Korang SILAP!!

KORANG TERSILAP TAFSIR NIAT TEAM SPA TWB!!

Memang pada akarnya, Team Spa TWB ni terjebak dengan rela dalam Bisnes Spa ini kerana ingin menambah pendapatan. Ya benar TAPI itu salah satu tujuan kami.

Sebenarnya harga perkhidmatan Facial Team Spa TWB tidak menjangkau harga RM80.00 pun.

BETUL KE NI!

Ya Betul malahan kami juga lebih suka menawarkan perkhidmatan Spa dengan memperkenalkan Pakej. Keran Pakej lebih jimat berbanding ala-carte. Kami nak memaksimumkan kepuasan korang apabila memilih  Team Spa TWB sebagai your trusted Beautician.

Selain kami melakukan perkhidmatan facial, kami juga akan meneliti masalah kulit yang dihadapi oleh kastemer. Serba sedikit kami akan share tentang ilmu nutrisi yang baik untuk masalah kulit yang kastemer hadapi.

Kat Pusat Spa yang lain, korang tak dapat sharing tentang nutrisi tau tapi korang di beri pilihan secara terus sama ada nak membeli produk yang mereka jual atau tidak sahaja.

Selain itu juga kami ingin korang merasakan sendiri kebaikan dan kehebatan produk-produk Shaklee dalam Spa TWB ini.

KESAN PADA WAJAH YANG AMAT MENGAGUMKAN

Punca terakhir Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB ni..mama tak nak cerita panjang berjuntai dan bertali rapiah okay. Mama nak jamu mata korang.

Jom kita zass wajah-wajah kastemer di ShidaGojesSpa. wink wink.

Kulit wajah lebih moisture dari yang sebelumnya.

Fine Lines semakin pudar, lebih cerah dan lifting

Hama-hama resdung bertempiaran keluar selepas aktiviti Scrub. Kastemer menghidapi penyakit resdung.

Parut jerawat berlubang makin mengecil, wajah lebih cerah

Best kan sambil manjakan diri, sambil boleh jaga anak. Tak perlu keluar rumah dan rushing nak balik rumah jemput anak-anak di rumah pengasuh.

 

Wajah kastemer lebih cerah, lifting dan jeragat makin pudar.

Sekian dulu sharing mama kali ini.

Untuk korang yang berminat dalam bisnes Mobile/Home Spa ini, boleh roger mama terus ye.

Shida Gojes Spa by Shida

TWB Certified Beautician

The Walking Beauty Project

FB: https://www.facebook.com/shida.unni

Email: norarsida@yahoo.com

Whatsapp: http://twbspa.wasap.my/