Assalamu’alaikum dan salam penuh kasih sayang buat pengunjung blog mama sekalian. Bertemu kita di bulan Oktober. Mama harap anda semua sihat dan bertenaga sentiasa. Kali ni mama bukan nak kupas bawang tau TAPI nak kupas sedikit sebanyak tentang penjagaan berpantang selepas bersalin. Amalan berpantang sangat dipandang berat buat si ibu untuk kembali pulih dari luka, lebih sihat dan lebih bertenaga.

Tak dinafikan amalan berpantang secara tradisional sangat mujarab untuk kesan jangka panjang dalam kehidupan si ibu. Kebanyakan dari kita setiap kali berpantang mesti balik ke kampung untuk di jaga oleh mak-mak kita. Lebih selesa betul tak? Mak bidan akan datang pada awal pagi untuk proses mengurut selama tujuh hari berturut-turut dan untuk penutup pantang. Bukan si ibu sahaja malahan bayi juga di urut oleh mak bidan. Terkini servis penjagaan berpantang semakin mendapat sambutan agar tidak membebankan mak-mak kita untuk menjaga kita dan si kecil. Almaklumlah mak-mak kita dah berusia.

Tidak dinafikan bahawa jagaan mak-mak kita ketika berpantang selepas bersalin ni memang banyak pantang larangnya. Amalan jagaan mak-mak kita ketika berpantang ni sangat tradisional dan mengikut tradisi turun temurun yang di ajarkan oleh nenek moyang kita. Buat ibu moden yang berpantang ni kena dengar dan ikut betul-betul cara berpantang mak-mak kita la kan. Bukan untuk orang lain pun. Untuk diri kita juga.

Namun dek kerana faktor anjakan masa, kesihatan dan usia mak-mak kita mempengaruhi dalam penjagaan berpantang kita dan si manja. Kekuatan dan tenaga mak-mak kita tidak secergas dulu. Mana nak urus kita yang berpantang, mana nak urus si kecil lagi kemudian mana nak urus diri lagi. Aktiviti penjagaan berpantang ni meletihkan mak-mak kita. Kita pun tak sanggup nak tengok mak-mak kita sambil nak tidurkan cucu, opahnya yang belayor dulu. hehehe.

Jagaan berpantang mak-mak kita ni lebih bertuah kalau mak-mak kita ni adalah bidan atau tukang urut ye dak. Tapi kebanyakan mak-mak kita ni hanya menjaga dan mengurus keperluan seharian kita dan si kecil sahaja. Kena juga mencari bidan kampung atau tukang urut bersalin untuk proses mengurut. Biasanya urutan dibuat 3 hari berturut-turut (ini yang paling minima) dan kemudian berurut untuk menutup pantang. Ada juga para ibu yang tak buat penutup pantang ni.

Yang mama cerita kat atas tu buat si ibu yang masih mempunyai mak. Bagaimana dengan ibu-ibu diluar sana yang tiada mak dan mak mertua? Penjagaan berpantang mereka bergantung pada nasihat-nasihat doktor dan juga orang-orang tua yang terdekat.

Sedari itu, servis rawatan penjagaan berpantang buat ibu-ibu dan penjagaan bayi di luar sana mula diperkenalkan bagi membantu golongan ibu-ibu yang berpantang dalam menguruskan diri mereka yang masih lemah dan juga disamping itu dapat menguruskan si manja juga.

Mak-mak kita datang ke rumah nak lawat cucu baru pun rasa senang hati. Ada juga mak-mak yang menghulur bantuan disamping berkongsi petua dengan Penjaga Pantang (Confinement Lady). Lega rasa hati mak-mak kita bila melihat setiap keperluan dan penjagaan diuruskan dengan baik oleh Confinement Lady. Malahan mereka juga belajar serba sedikit penjagaan berpantang secara moden ni. Sedikit sebanyak mak-mak kita boleh la berkongsi pendapat juga dengan Confinement Lady yang kita upah kanzz.

Servis penjagaan berpantang (Confinement Lady) menawarkan beberapa pakej yang sangat berbaloi bergantung pada budget ibu-ibu. Ada yang menawarkan servis penjagaan berpantang secara stay in. Ada juga yang menawarkan servis penjagaan berpantang secara berulang alik. Servis penjagaan berpantang juga ada yang menawarkan mulai pakej 3 hari hingga pakej 44 hari.

Bukan golongan artis sahaja yang mengambil servis penjagaan berpantang dan bersalin malahan juga golongan awam yang memerlukan penjagaan rapi ketika berpantang agar cepat pulih dan bertenaga.

Untuk setiap Pakej Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB yang di tawarkan merangkumi:

  • Urutan Tradisional
  • Pemakaian Param dan Pilis
  • Pemakaian Bengkung
  • Bertangas
  • Bertungku
  • Pengurusan jadual pemakanan Set Berpantang dan Menyusu Shaklee
  • Penjagaan Bayi 

Pakej Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB termasuk sekali dengan servis Penutup Pantang tau. Subhanallah semua dah all in. Tamat tempoh berpantang, Confinement Lady TWB akan datang semula ke rumah untuk menjalankan servis penutup pantang.

Servis Penutup Pantang TWB merangkumi:-

  • Sauna Herba
  • Urut Lulur
  • Mandi Aura protin
  • Facial and Face Massage
  • Hand and Foot Spa

Yang paling menarik dan lebih selesa, Pakej Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB menyediakan Confinement Lady yang mesra dan terlatih serta berpengalaman dalam bidang penjagaan berpantang dan bersalin bagi mengurus si ibu dan juga si manja. Oleh itu, si ibu akan mendapat rehat yang secukupnya di samping dapat menghasilkan kuantiti susu ibu secara optimum dan berkualiti.

Oh yer sebelum terlupa, Pakej Penjagaan Berpantang dan Bersalin TWB ni menggunakan daun-daun segar untuk mandian si ibu. Bukan guna dedaun yang kering terjual di kedai-kedai jamu. Tubuh badan ibu yang berpantang ni sangat sensitif. Penggunaan dedaun segar dalam mandian dan bertangas ini dapat membantu tubuh badan si ibu merasa lebih segar dan menaikkan aura seri si ibu.

 

Penjagaan bayi dalam Pakej Berpantang dan Bersalin TWB juga dah termasuk sekali. Selain memudahkan si ibu terutama si ibu yang baru dalam dunia “keibubapaan” ini dapat juga mengurangkan kerja-kerja si ibu atau mak-mak kita yang menunggu. Buat bakal-bakal ibu diluar sana yang memilih servis penjagaan berpantang dan bersalin TWB, jangan lupa membuat tempahan awal Confinement Lady ni seawal kandungan masuk ke trimester ke-2. Bukan ape, takut fully booked pulak nanti.hhehehe

Okay setakat ni dulu mama cerita mengenai Confinement Lady atau jagaan mak. Semoga entry mama kali ini dapat membantu serba sedikit buat pasangan untuk membuat keputusan samada mengupah Confinement Lady atau mengharap jagaan mak untuk kita dan si kecil.

 

Bagi anda di luar sana yang berminat dalam kerjaya sebagai Confinement Lady boleh menjalani Kursus Perawatan Berpantang dan Bersalin TWB. Buat pengetahuan anda, Pakej Kursus TWB akan dinaikkan harga bermula NOVEMBER 2018 sebanyak RM2,999.00. Seandainya anda mendaftar Kursus TWB pada bulan Oktober ini, yuran masih RM1,999.00 dan yuran tambahan akan dikenakan bagi yang ingin menjalani kursus berpantang dan bersalin TWB secara menyeluruh.

Kepada yang berminat menjalani Kursus TWB boleh roger mama.

Sekian.

 

Salam Sayang dari Mama

Shida Gojes Spa by Shida

TWB Certified Beautician

The Walking Beauty Project

Email: norarsida@yahoo.com

Whatsapp: http://twbspa.wasap.my/60143237990